Penjaja-penjaja yang bertopi mempelawa pengunjung membeli di gerai mereka |
KOTA KINABALU: Lagu-lagu hymn dan karol Krismas dimainkan melalui pembesar suara dan bergema di bandaraya Kota Kinabalu sambil penyanyi-penyanyi lagu-lagu Kristian dan artis-artis tempatan memenuhi udara dengan irama-irama yang tidak asing lagi.
Karnival Krismas tahunan itu yang telah bermula pada hari Isnin, telah menarik kunjungan daripada ribuan orang dari semua lapisan lapisan masyarakat dan dari pelbagai kaum dan agama.
Lebih daripada 200 penjaja telah mempamerkan produk mereka dari mainan anak-anak sampailah ke pakaian, tetapi kebanyakan pelawat meluru ke gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan, dari yang halal sampailah yang tidak halal.
Karnival empat hari itu yang telah berakhir malam tadi, telah mengalami gangguan hujan lebat yang turun sewaktu-waktu tetapi ianya tidak menyuramkan suasana perayaan sambil para pelawat mengambil selfie dengan Santa Klaus dan pembantu-pembantunya, mengunjungi pameran babak natal dengan patung bersaiz benar dan mengkagumi pokok Krismas yang diperbuat daripada botol-botol plastik.
Nur Aishah Zulkipli, seorang pelajar darri Pahang, mengkagumi suasana itu dan berkata bahawa dia tidak pernah mengalami perkara yang seperti itu sebelum ini.
"Saya fikir acara ini menunjukkan keterbukaan dan hormat rakyat Sabah kepada kebudayaan dan kepercayaan satu sama lain.
"Saya hanya bermaksud untuk berlalu di kawasan itu tetapi merasa ingin tahu setelah melihat dua lelaki berpakaian jubah, yang jelas telah datang dari sebuah masjid berhampiran, berjalan sekeliling dan menikmati acara itu," katanya.
Ketika ditanya apakah yang paling mengejutkan baginya di acara itu, Nur Aishah berkata dia gembira melihat acara itu disambut baik oleh rakyat Sabah tanpa sebarang dakwaan Kristianisasi.
Dia mengesali bahawa acara-acara yang serupa tidak mungkin diadakahn di kota asalnya kerana "orang merasa sensitif."
Seorang lagi pelawat yang hanya ingin dikenali sebagai Stanley berkata dia telah datang bersama sepupu-sepupunya untuk menyaksikan konsert di ruangan terbuka itu.
"Kami selalu datang untuk konssert-konsert itu kerana pihak bandaraya mengizinkan sesi pujian dan penyembahan untuk ahli-ahli gereja diadakan di Padang Merdeka. Saya fikir itu sungguh bagus."
Karnival Krismas Kota Kinabalu secara tradisinya mengadakan perayaan itu di Jalan Gaya tetapi telah memindahkannya ke Padang Merdeka tahun lepas untuk menampung lebih ramai pengunjung.
Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM200,000 untuk acara itu yang mana Datuk Bandar berkata adalah bukti sokongan kerajaan negeri terhadap kebebasan beragama di negeri itu.
Perayan itu, yang bertema "Kasih Allah, Pengharapan Manusia", telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Musa Aman pada hari Isnin.
Dalam ucapannya, Musa berkata bahawa negeri itu ingin memastikan kebebasan beragama akan diperkukuhkan lagi dan bahawa negeri itu berbangga kerana dipandang sebagai negeri contoh untuk kepelbagaian bangsanya dan toleransi keagamaannya.
(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Sabahans Revel In Multiracial Christmas Carnival" yang ditulis oleh Tracy Patrick bertarikh 15 Disember 2017)
Pasukan karoling menyanyikan lagu karol untuk menghiburkan para hadirin |
Semua prang ingin berfoto dengan Santa Klaus semasa di karnival |
Pada setiap tahun, gereja-gereja di Sabah di bawah Majlis Gereja-Gereja Sabah akan bergilir-gilir untuk menganjurkan acara itu dan pada tahun ini, ianya telah diterajui oleh Gereja Anglikan Sabah dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Kanak-kanak bermain dengan gelembung buih "salji" di Padang Merdeka |
Karnival empat hari itu yang telah berakhir malam tadi, telah mengalami gangguan hujan lebat yang turun sewaktu-waktu tetapi ianya tidak menyuramkan suasana perayaan sambil para pelawat mengambil selfie dengan Santa Klaus dan pembantu-pembantunya, mengunjungi pameran babak natal dengan patung bersaiz benar dan mengkagumi pokok Krismas yang diperbuat daripada botol-botol plastik.
Dewan Bandaraya telah menghiasi tapak acara dengan lampu-lampu perayaan |
"Saya fikir acara ini menunjukkan keterbukaan dan hormat rakyat Sabah kepada kebudayaan dan kepercayaan satu sama lain.
"Saya hanya bermaksud untuk berlalu di kawasan itu tetapi merasa ingin tahu setelah melihat dua lelaki berpakaian jubah, yang jelas telah datang dari sebuah masjid berhampiran, berjalan sekeliling dan menikmati acara itu," katanya.
Unta-unta orang-orang majus juga muncul untuk memeriahkan suasana |
Dia mengesali bahawa acara-acara yang serupa tidak mungkin diadakahn di kota asalnya kerana "orang merasa sensitif."
Konsert di kawasan lapang di tengah Padang Merdeka |
"Kami selalu datang untuk konssert-konsert itu kerana pihak bandaraya mengizinkan sesi pujian dan penyembahan untuk ahli-ahli gereja diadakan di Padang Merdeka. Saya fikir itu sungguh bagus."
Pokok Krismas yang dibuat daripada botol-botol plastik |
Kerajaan Sabah telah memperuntukkan RM200,000 untuk acara itu yang mana Datuk Bandar berkata adalah bukti sokongan kerajaan negeri terhadap kebebasan beragama di negeri itu.
Perayan itu, yang bertema "Kasih Allah, Pengharapan Manusia", telah dilancarkan oleh Ketua Menteri, Musa Aman pada hari Isnin.
Babak natal dengan patung bersaiz sebenar menjadi tarikan |
(Diterjemah daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Sabahans Revel In Multiracial Christmas Carnival" yang ditulis oleh Tracy Patrick bertarikh 15 Disember 2017)