Lagu Amazing Grace adalah salah satu lagu hymn yang sangat
popular di kalangan umat Kristian. Lagu karangan John Newton ini memang sangat
indah. Selain alunan muziknya yang begitu tenang, liriknya pun mengungkapkan
kebahagiaan yang dialami seseorang di kala pertama kali mengalami kasih Tuhan.
‘I once was lost, but now am found; Was blind, but now I
see.’ Petikan lirik ini mengingatkan kita pada Louis Braille, lelaki buta yang penuh iman. Tepat pada setiap tanggal 4 Januari, kita
merayakan hari Braille Sedunia, yang bertepatan dengan kelahiran Louis Braille.
Dia adalah seorang lelaki buta yang membuat orang-orang yang buta sepertinya terdorong untuk dapat mengembangkan potensi sama seperti orang biasa pada umumnya.
Lelaki yang lahir pada 4 Januari 1809, di kota Coupvray,
Perancis ini berasal dari keluarga Kristian yang saleh. Kerana itulah ibu bapa segera membaptis Louis seketika setelah lahir. Tapi pada usia tiga tahun, sewaktu bermain di bengkel ayahnya, sebuah pisau tajam tertancap ke salah satu matanya.
Akibatnya, salah satu matanya pun rosak. Luka di bola matanya yang tak segera ditangani pihak perubatan menyebabkan matanya mengalami jangkitan yang parah dan menyebar ke bahagian bola matanya yang lain. Penanganan perubatan yang serba terbatas menyebabkan Louis harus kehilangan penglihatannya secara sepenuhnya saat berusia lima tahun.
Akibatnya, salah satu matanya pun rosak. Luka di bola matanya yang tak segera ditangani pihak perubatan menyebabkan matanya mengalami jangkitan yang parah dan menyebar ke bahagian bola matanya yang lain. Penanganan perubatan yang serba terbatas menyebabkan Louis harus kehilangan penglihatannya secara sepenuhnya saat berusia lima tahun.
Di sana, Louis dikenal sebagai murid yang sangat cerdas. Tak
hanya cerdas secara kemampuan akademik, dia juga punya jiwa seni yang tinggi melalui permainan piano. Dari sanalah dia kemudian menjadi pemain organ.
Mentornya bernama Kapten Barbier kemudian mengajarinya cara
berkomunikasi efektif yang dapat dilakukan oleh orang-orang buta lewat kaedah ‘night writing’. Kaedah ini biasanya digunakan dalam operasi ketenteraan.
Tapi kemudian diajarkan kepada mereka yang kehilangan penglihatannya.
Kaedah ini memang dianggap terlalu rumit. Kerana itulah pada usia 15 tahun, Louis kemudian menemukan kaedah enam titik yang banyak
diajarkan kepada orang-orang buta di seluruh dunia yang disebut
dengan Braille Alphabet.
Sistem tulisan Braille |
Meskipun kemasyhuran yang diperolehnya, Louis sama sekali tidak pernah mencari populariti peribadi. Dia benar-benar membuktikan bahwa keadaan matanya yang buta bukan penghalang untuk dia mengembangkan semua potensi besar di dalam dirinya. Dia juga dikenal sebagai peribadi yang murah hati sekaligus rendah hati.
Sayangnya, keadaan kesihatan yang terus bertambah buruk menyebabkan
Louis meninggal dunia pada usianya yang baru memasuki 43 tahun. Pada detik-detik
terakhir sebelum menghembuskan nafas, dia membuktikan bahwa imannya kepada
Tuhan begitu kuat.
Dia menyampaikan kalimat yang mendalam tentang kasih Tuhan. Katanya, “Tuhan berkenan menyediakan harapan abadi yang mempesona di depan mataku. Setelah itu, tidakkah tak ada lagi sesuatu yang membuatku terikat di dunia ini?”
Dia menyampaikan kalimat yang mendalam tentang kasih Tuhan. Katanya, “Tuhan berkenan menyediakan harapan abadi yang mempesona di depan mataku. Setelah itu, tidakkah tak ada lagi sesuatu yang membuatku terikat di dunia ini?”
Pada tahun 1952, prestasinya akhirnya diakui oleh Kerajaan Prancis. Dia kemudian diberi penghormatan dengan memindahkan pemakamannya dari
kampung kelahirannya di Coupray ke Patheon di Paris, sebuah makam pahlawan
nasional Perancis.
Semoga kisah ini menyedarkan kita bahawa Tuhan memakai
orang-orang yang tidak sempurna untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan besar.
Supaya dunia dapat menyedari bahawa Tuhan tidak memandang rupa atau fizikal tapi
memandang iman percaya kita.
(Dialihbahasakan daripada artikel Jawaban.com bertajuk, "Mengenang Louis Braille, Pria Tuna Netra Yang Penuh Iman Lewat Lagu 'Amazing Grace'" yang ditulis oleh Lori Mora bertarikh 6 Januari 2018)