Sabtu, 6 Januari 2018

"Samson" Akan Ke Pawagam Mulai 16 Februari 2018 (Treler)


Syarikat penerbitan popular berlandaskan iman, Pure Flix Entertainment mengumumkan pada hari Selasa bahawa ianya akan mula menayangkan epik Alkitab "Samson" di pawagam di seluruh negara.

Bakal ditunjukkan di layar perak pada 16 Februari, "Samson" akan memaparkan Billy Zane, pemenang Golden Globe Rutger Hauer, Jackson Rathbone, Lindsay Wagner, Caitlin Leahy dan Taylor James sebagai Samson. 


"'Samson' berdasarkan epik alkitabiah yang agung mengenai seorang jaguh yang dipilih oleh Tuhan untuk menyelamatkan Israel. Kekuatannya yang luar biasa dan keputusannya yang mengikut gerak hati telah cepat membawanya berhadapan dengan empayar Filistin yang  menindas. Setelah dikhianati oleh seorang raja yang jahat dan seorang penggoda yang cantik, Samson telah ditawan dan dibutakan oleh musuh-musuhnya. Samson berseru kepada Tuhannya sekali lagi untuk kekuatan yang luar biasa dan menukar pemenjaraan dan kebutaan menjadi kemenangan terakhir," begitu dinyatakan oleh sipnosis, menurut suatu kenyataan yang telah dikongsikan dengan The Christian Post. 

Penerbitan itu telah difilemkan di lokasi di Afrika Selatan dan Pure Flix berkata bahawa perjalanan tokoh alkitabiah itu akan memaparkan "kecintaan, pengkhianatan, dan penebusan" yang akan menginspirasikan para penonton untuk "menyedari bahawa kegagalan hidup tidak semestinya menentukan masa hadapan mereka." 

"Untuk sesiapa yang pernah memikirkan samada mereka benar-benar dapat melakukan apa yang Tuhan panggil mereka lakukan, filem ini adalah untuk mereka," Ketua Eksekutif Pure Flix, Michael Scott mengatakan dalam kenyataan itu.

Tontonlah treler filem "Samson" di sini:


(Dipettik dan diterjemahkan daripada artikel The Christina Post bertajuk, "'Samson' The Movie To Hit Theaters Nationwide In 2018 (Trailer)" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 25 Oktober 2017)