Isnin, 19 Februari 2018

'Aku Anak Tuhan': Peserta Olimpik Elisabeth Vathje Menjelaskan Mengapa Yesus, Bukannya Kemenangan Adalah Keutamaannya

Elisabeth Vathje bertanding dalam acara lumba skeleton di Olimpik PyeongChang

Salah satu aspek paling menarik yang muncul daripada Olimpik tahun ini adalah kisah-kisah kemenangan rohani yang telah dikongsikan secara terbuka oleh ramai atlet - kisah-kisah mengenai mengatasi kesukaran besar, mengandalkan Tuhan, dan menemukan identiti dalam Kristus.

Di antara yang mengongsikan informasi ringkas yang mendorong itu adalah pelumba skeleton Kanada, Elisabeth Vathje, yang mengisahkan kepada Baptist Press mengenai iman Kristiannya, mendeklarasikan bahawa itu adalah perkara paling utama dalam hidupnya.

"Pertamanya dan terutamanya, saya anak Tuhan. Saya bukan atlet skeleton atau apa pun itu," katanya. "Tidak kira apa pun karier saya, Yesus tetap adalah Tuhan saya, dan itulah yang pertama dalam semua yang saya lakukan." 

Elisabeth Vathje

Komen-komen Vathje yang paling penting mungkin adalah mengenai identiti dan nilai dan harga dirinya sebagai seorang manusia - sentimen yang katanya adalah tertanam kukuh dalam imannya pada Yesus, dan bukan pada kedudukannya sebagai seorang atlet. 

"Saya tahu tidak kira apa pun yang saya lakukan di trek, saya tetap dikasihi Tuhan, dan itu meluputkan setiap tekanan - sebab saya tahu Tuhan yang akan memberi saya kejayaan," katanya. "Tetapi saya tahu bahawa jika kejayaan itu tidak muncul, itu tidak akan mengubah cara Tuhan memandang saya dan cara saya harus memandang-Nya."

Vathje menyambung lagi, "Jadi itu memberi saya damai dan saya tidak perlu berjuang mendapatkan keputusan untuk membuktikan nilai diri saya."

Walaupun jadual jelajahnya sibuk betul, Vathje terus berhubungan dengan gerejanya melalui ibunya, yang menyampaikan permintaan-permintaan doa kepada jemaat. Dia begitu mengandalkan ahli-ahli sidang itu sehingga dia katakan bahawa dia tidak dapat bersukan tanpa mereka. 


Vathje juga jelas memastikan keutamaannya betul, sebab perkara pertama dalam maklumat biografi Twitternya adalah "pengikut Kristus." Vathje bertanding dalam perlumbaan skeleton pada Jumaat dan Sabtu. 

Seperti yang dilaporkan Faithwire sebelum ini, atlet-atlet lain Olimpik baru-baru ini juga telah mengisahkan secara terbuka iman Kristian mereka, termasuklah Alexa Scimeca Knierim dan Chris Knierim - pasangan suami isteri. Mereka telah menceritakan bagaimana iman mereka telah membantu mereka mengatasi cabaran kesihatan yang besar dan bertahan untuk bersaing dalam kejohanan Olimpik tahun ini.  

(Diterjemahkan daripada artikel Faithwire bertajuk, "‘I’m a Child of God’: Olympian Elisabeth Vathje Explains WhyJesus, Not Winning, is Her First Priority" yang ditulis oleh Billy Hallowell bertarikh 15 Februari 2018)