Jumaat, 16 Februari 2018

Gereja Berbentuk Bahtera Siap Dibina Di Shaanxi, China

Gereja Grace yang berbentuk seperti bahtera

Pada 28 Disember 2017, sebuah gereja berbentuk bahtera telah didedikasikan di Shaanxi, China disaksikan oleh lebih daripada 2,000 orang-orang percaya.

Perayaan yang diadakan termasuklah pujian dan penyembahan, pertunjukan dan acara kerohanian selama tiga hari. 

Terletak di Bandar Baru Jinghe. Daerah Jingyang, Xianyang, Shaanxi, gereja itu mempunyai ruang ibadah yang memuatkan tempat duduk untuk lebih 1,000 orang dan kawasan di antara ruang ibadah dan pejabat-pejabat boleh memuatkan tambahan 300 orang lagi.

Lebih 2,000 orang telah menghadiri perasmian Gereja Grace di Shaanxi

(Diterjemahkan daripada artikel China Christian Daily bertajuk, "New Ark-Shaped Church Completed In Shaanxi" bertarikh 24 January 2018)