Jumaat, 9 Februari 2018

Carson Wentz Melamar Teman Wanitanya: 'Tuhan Sedang Lakukan Perkara Mengkagumkan'


Carson Wentz telah mengumumkan pertunangannya kepada teman wanitanya Maddie Oberg pada minggu ini. 

Wentz telah memuat naik fotonya dengan tunangnya di Twitter pada hari Selasa, beberapa hari selepas pasukan pemain quarterback itu, Philadelphia Eagles memenangi Super Bowl LII. Walaupun Wentz yang berumur 25 tahun itu telah direhatkan kerana kecederaan sendi lutut semasa perlawanan besar itu, dia memuliakan Tuhan kerana dapat memberi teman wanitanya cincin pertunangan selepas dia sendiri mendapat cincin kejuaraan Super Bowl yang diidamkan.

"Dia berkata YA! Sekarang kedua-dua Maddie dan saya pun sudah dapat cincin, tak sabar nak kahwin dengan kawan paling karib saya," begitu ditulis Wentz pada Selasa lalu. "Tuhan sedang lakukan perkara-perkara mengkagumkan dan saya tak henti-henti mengucap syukur kepada-Nya!" 

Bintang NFL itu telah membuat lamaran kepada bakal isterinya di sebuah kastil dekat Lexington, Kentucky yang dipanggil The Castle Post. 

Matt Dawson pemilik hotel The Castle Post, telah menggelar Wentz sebagai seorang yang mengkagumkan ketika mengulas mengenai pertunangan yang telah diadakan di hotel itu.

"Dia seorang yang mengkagumkan dan kami sangat teruja untuk Carson dan Maddie dan hidup baru mereka bersama," dia berkata dalam satu laporan Lexington Herald Leader.

Carson dan Maddie tersenyum bahagia
selepas lamaran Carson diterima

Manakala Wentz kurang menyebut mengenai hubungannya dengan Oberg, dia telah dilihat dalam akaun-akaun media sosial Wentz sejak tahun lepas. Selepas pembedahan sendi lututnya bulan lepas, Wentz menggelarkan bakal isterinya sebagai suatu berkat.

"Pembedahan (sudah selesai). Pemulihan bermula sekarang secara rasmi," Wentz menulis sari kata untuk fotonya di katil hospital dengan Oberg di sisinya. "Tuhan telah benar-benar memberkatiku dengan wanita jelita ini untuk berjalan di sisiku dan dan memberi dukungan kepadaku melalui semua ini." 

Walaupun tidak jelas bagaimana pasangan itu telah mula bertemu, New York Post melaporkan bahawa Oberg adalah bekas pelatih di Mission of Hope: Haiti. Wentz telah pergi ke Haiti untuk lawatan misi bersama organisasi itu tahun lepas bersama dengan bekas rakan sepasukan Jordan Matthews dan beberapa anggota gerejanya. 

Pada September lepas, quarterback Eagles itu telah menyatakan sokongannya untuk organisasi itu yang sedang berusaha membina sebuah kompleks sukan di Haiti. 

"Saya sokong usaha Mission of Hope sepenuhnya, dan saya rasa kompleks sukan ini akan menjadi cara yang hebat untuk pemuda-pemudi Haiti untuk mempunyai lebih kesempatan untuk menikmati pertandingan sukan, untuk menyambung pendidikan mereka, untuk mendapat hidangan-hidangan yang sihat, dan untuk menikmati kesempatan bersama masyarakat Kristian untuk mendalami lagi iman mereka," Wentz telah memberitahu ESPN sebelum ini. 

(Diterjemah daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Carson Wentz Proposes To Girlfriend: 'God Is Doing Amazing Things'" yang ditulis oleh Christine Thomasos bertarikh 8 Februari 2018)