Khamis, 8 Februari 2018

Dengarlah Radio Kristian Online: RHM Dari Kota Kinabalu


Sebuah lagi radio Kristian online baru telah dilancarkan sejak Januari 2018! Radio Holistik Ministry (RHM) diasaskan dan diterajui oleh Rev David Kinuda Rumanggi (B.Th, STS) dan disokong oleh ahli-ahli lembaga pengarah yang terdiri dari pelbagai denominasi gereja di Sabah. 

Ahli-ahli lembaga pengarah RHM yang disenaraikan dalam laman web mereka adalah: Rev David K Rumanggi (Pengerusi), Rev Kusam Yontok, Ps Dinsalee Singa, Ps Sulimon Galus, Fresco F David (Setiausaha), Pdt Sopirid Masandu dan Ps Jabid Dabid. 

Radio ini memainkan lagu-lagu Kristian dalam Bahasa Malaysia / Indonesia serta lagu-lagu Kristian dalam bahasa-bahasa tempatan Sabah dan Sarawak.

Selain menyiarkan lagu-lagu rohani, siaran khas penjelasan Firman Tuhan dan Sesi Menjawab Soalan Pendengar juga dijadualkan dari masa ke masa. 

Untuk mendengar siaran radio RHM, klik saja di laman web www.holistic-ministry.com. Anda juga boleh mengikuti berita dan pengumuman RHM dengan menyertai kumpulan Facebook dan Telegram rasmi mereka.