Sabtu, 9 Jun 2018

Blog Domba2Domba Telah Mencapai 5,000,000 Pageview Hari Ini!


Blog domba2domba telah mencapai pageview yang kelima juta sebentar tadi! Pada September lepas, blog ini telah mencapai empat juta pageview, dan kini sembilan bulan kemudian, blog telah menambah sejuta pageview lagi.


Saya ingin berterima kasih kepada semua pembaca yang selalu mengikuti blog domba2domba ini (sudah tujuh tahun blog ini, sejak dimulakan pada 9 April 2011).

Melalui Facebook, saya telah sempat mengenali sebahagian daripada pembaca-pembaca blog ini, atau paling kurang mengenal nama sebahagian daripada mereka. Saya sangat berterima kasih kepada anda semua kerana setia membaca dan mengongsikan blog ini. Andalah sebabnya blog ini ditulis, dan anda jugalah sebabnya blog ini dapat disebarkan dengan meluas.

Gambar Hiasan (Olympique de Marseille)

Baru-baru ini saya telah melihat laporan-laporan yang terdapat pada Blogger, Facebook dan Flag Counter mengenai profail am pembaca-pembaca blog domba2domba. Berikut beberapa fakta menarik yang telah saya kumpulkan daripada tiga sumber itu:

1. Menurut Blogger, pada 8 malam tadi (9 Jun 2018), blog domba2domba telah mencapai 5,000,000 pageview.

2. Blogger juga menunjukkan bahawa pageview tertinggi datang dari Malaysia (3,419,153 pageview), diikuti oleh Indonesia (666,828) di tempat kedua, dan Amerika Syarikat (567,751) di tempat ketiga. Manakala India (101,533) dan Singapura (42,517) masing-masing di tempat keempat dan kelima.

3. Flag Counter menunjukkan pengunjung ke blog ini sehingga hari ini berjumlah 254,102 orang. (Rekod Flag Counter hanya dimulakan di blog ini pada 29 Januari 2013, oleh itu hanya merekod jumlah pengunjung selepas tarikh itu).


4. Flag Counter menunjukkan bahawa pengunjung yang teramai datang dari Malaysia (145,954 orang), diikuti oleh Indonesia (46,631) dan Amerika Syarikat (41,767).

5. Menurut Facebook, jumlah orang yang telah "Like" Facebook Page domba2domba sehingga hari ini adalah 5,402 orang. 

6. Daripada jumlah itu, 62% adalah wanita dan 38% adalah lelaki.


7. Facebook juga menunjukkan bahawa golongan yang paling ramai "Like" laman Facebook domba2domba adalah golongan muda, dengan 67% berusia dalam lingkungan umur 18-34 tahun. (Lebih terperinci: 22% untuk usia 18-24 tahun, dan 43% untuk usia 25-34 tahun, dan 21% untuk usia 35-44 tahun). 

8. Blogger juga menunjukkan bahawa para pengunjung blog paling banyak menggunakan sistem pengoperasian Android (70%) diikuti oleh Windows (20%), dan iPhone (6%) untuk mengakses ke blog ini. 

Begitulah profail am pembaca-pembaca domba2domba selama 7 tahun 2 bulan ini. 

Dan yang lebih penting, anda juga adalah pembaca blog ini! Dan untuk itu. saya berterima kasih.

Segala syukur dan kemuliaan kepada Tuhan!