Selasa, 12 Jun 2018

Simon Cowell Tekan Golden Buzzer Untuk Pastor Penyembahan Dalam 'America's Got Talent' (Video)


Bekas anggota United Pursuit yang telah menjadi pastor penyembahan di Influence Church, Michael Ketterer, telah dihadiahkan golden buzzer (butang emas) di "America's Got Talent" pada minggu ini selepas persembahanya yang mengharukan yang membuat Simon Cowel dan hakim-hakim lain terdiri bersorak.  

Ketika muncul di pentas, Ketterer berkata dia telah datang dengan isterinya dan enam anaknya, lima daripada mereka adalah anak angkat.

"Keluarga sayalah sebab saya ada di sini," Ketterer memberitahu para hakim sebelum menyanyikan lagunya. "Salah satu perkara yang berlaku, terutamanya anak-anak saya datang dari rumah asuhan, apabila mereka sedang berhempas pulas untuk hidup, mereka tidak dapat berimpian. Dan itulah salah satu hal yang paling memberi kepuasan - memberikan mereka keluarga dan tempat yang selamat di mana mereka bebas untuk berimpian."  

"Saya di sini sebab saya mahu tunjukkan kepada mereka jika ayah mereka dapat mencapai impiannya, tidak ada yang mustahil juga bagi mereka," tambahnya.

Ketika ditanya apakah pekerjaannya, pastor penyembahan itu menyatakan bahawa dia juga adalah seorang jururawat kesihatan mental untuk kanak-kanak di Orange County, California. 

Kettterer kemudiannya menyanyikan penyampaiannya untuk lagu Bee Gees " To Love Somebody."



Selepas dia mendapat sorakan sambil berdiri, Simon memberitahu Ketterer bahawa dia tidak menyangka bahawa dia akan mengejutkannya.

"Michael, kamu tahukah, apabila kita ada penyanyi-penyanyi di rancangan seperti ini, adakah ianya mengenai keupayaan teknikal ataupun menjadi relevan? Dan kadang-kadang bagi saya, ianya mengenai menjadi siapa diri kita yang sebenar dan menjadi satu kejutan," kata Cowell. "Saya jujur dengan kamu sebab kamu begitu gementar. Saya bimbang untuk kamu. Tapi saya fikir kadang-kadang tindakan itu membuktikan lebih dari kata-kata." 

Hakim yang tegas itu kemudiannya menghulurkan tangannya dan menekan butang emas. Semua orang bersorak sambil Ketterer kelihatan memeluk keluarganya. Rakyat Amerika nampaknya juga suka penyembah ini sebab videonya dalam "America's Got Talent" di tempat ke-5 dalam senarai video trending dan telah mendapat lebih 2 juta tontonan setakat ini.

Selepas rancangan itu, Ketterer berkongsi perasaannya mengenai kemenangan itu di Twitter.

"Saya sangat bersyukur untuk semua sokongan dan kasih yang saya sedang terima daripada keluarga, kawan-kawan dan orang-orang yang saya belum pernah temui! Keluarga saya terharu dan sangat bersyukur kepada Tuhan atas kesempatan yang mengkagumkan ini. Terima kasih @SimonCowell kerana menekan butang itu!" begitu dikongsinya dengan satu simbol emoji yang beremosi. 

Menurut laman web gerejanya, Ketterer dan tiga lagi artis dari pelayanan itu (Melody Noel, Whitney Medina dan Matt Gilman) adalah anggota-anggota kumpulan Influence Music, satu kumpulan recording dan gabungan artis di bawah Influence Church. Kumpulan itu telah melancarkan album sulung mereka, Touching Heaven pada bulan Mei.

Sebelum berpindah ke California pada 2014, Ketterer tinggal di Tennessee dan menjadi sebahagian daripada kumpulan Kristian, United Pursuit. 

(Diterjemahkan daripada artikel The Christian Post bertajuk, "Simon Cowell Hits Golden Buzzer For Worship Pastor On 'America's Got Talent'" yang ditulis oleh Jeannie Law bertarikh 8 Jun 2018)