Khamis, 9 Ogos 2018

5 Sebab Mengapa Anda Tidak Harus Tinggal Bersama Sebelum Bernikah


Adakah anda masih single atau sedang berpacaran dengan seseorang yang anda fikir adalah si dia? Atau adakah anda mempunyai anak-anak yang sedang berpacaran dan mungkin sedang memikirkan perkahwinan satu masa nanti?

Jika begitu, anda mungkin ingin memikirkan mengenai pentingnya perkahwinan sebelum tinggal bersama atau mengajar anak-anak anda mengenai jerat hidup bersekedudukan.

Semakin ramai pasangan yang memilih untuk tinggal bersama sebelum perkahwinan. Satu sebab adalah untuk menjimatkan sewa rumah. Ya, menjimatkan sewa. Berjimat sewa bukan, dan tidak harus menjadi sebab tinggal bersama seseorang yang mungkin atau mungkin tidak menjadi pasangan suami atau isteri anda. Sebenarnya, ianya adalah sebab yang benar-benar salah. 

Berikut adalah lima sebab bersekedudukan adalah idea yang buruk:

1. Tiada berkat daripada Tuhan. Alkitab menanggap bersekedudukan sebagai bertentangan dengan perkahwinan yang sah. Sebuah perkahwinan yang sah terdiri daripada penyatuan seorang lelaki dan seorang wanita yang telah membuat perjanjian dan komitmen. Bersekedudukan tidak melibatkan kedua-dua itu. Perkahwinan adalah kesatuan yang diciptakan oleh Tuhan dan adalah kesatuan yang diberkati oleh Tuhan. 

2. Perhubungan anda kemungkinan akan berakhir. Sebuah artikel dari examiner.com menyatakan bahawa 80 peratus daripada perhubungan berkesedudukan berakhir sebelum perkahwinan, atau berakhir dengan penceraian selepas perkahwinan. Satu sebab adalah tiadanya komitmen sebelum berpindah untuk tinggal bersama. Hubungan yang tiada komitmen tidak akan bertahan, dan perkahwinan adalah komitmen terbesar anda dalam hidup. 

3. Anak-anak anda akan mendapat kesan negatif. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak, anak-anak anda adalah tiga kali lebih kemungkinan dihentikan daripada sekolah atau hamil, lima kali lebih kemungkinan hidup dalam kemiskinan, dan 22 kali lebih kemungkinan dipenjarakan - semuanya kerana anda memilih untuk bersekedudukan dengan orang yang anda tidak kahwini. 

4. Ianya membuat anda malas. Sebagai seorang lelaki yang sudah bernikah, saya tahu bahawa sebaik sahaja berpacaran berakhir, perhubungan itu berubah. Tinggal bersama akan melenyapkan bahagian "menjadi diri anda yang terbaik" dalam perhubungan. Seperti juga dalam kebanyakan temuduga pekerjaan - anda pakai baju kot dalam temuduga, tetapi setelah mendapat kerja itu, anda datang dengan baju T dan seluar biasa. Dan jika anda tinggal bersama dengan seorang wanita dan mendapat sebahagian "faedah" perkahwinan - seks, mempunyai seorang untuk membantu di rumah, dan berkongsi bayaran - anda juga boleh menjadi malas untuk mengambil langkah seterusnya dalam perhubungan anda. 

5. Menjimatkan sewa. Seperti telah disebut di atas.

Bagaimanakah anda akan mendidik anak anda mengenai bahaya berkesedudukan?

(Diterjemahkan daripada artikel Charisma Magazibe bertajuk, "5 Reasons You Shouldn't Cohabitate Before Marriage" yang ditulis oleh All Pro Dad bertarikh 27 November 2015)