Khamis, 4 Oktober 2018

Netflix Umumkan Filem-Filem Dan Siri "Chronicles of Narnia"


Aslan akan kembali lagi.

Syarikat gergasi streaming, Netflix akan menghasilkan filem-filem dan siri baharu berdasarkan "The Chronicles of Narnia" oleh C.S. Lewis. 

Netflix mengumumkan perjanjian merangkumi bertahun-tahun dengan C.S. Lewis Company untuk menghasilkan pelbagai rancangan televisyen dan filem berdasarkan siri buku yang disayangi itu, tetapi projek-projek pertama belum lagi diumumkan. 

Perjanjian itu bererti Netflix akan memegang hak untuk seluruh siri Narnia dan adalah pertama kali sesebuah syarikat telah mendapat hak kepada kesemua tujuh novel. 

Mark Gordon, Douglas Gresham dan Vincent Sieber dijangka akan menjadi penerbit eksekutif untuk filem-filem dan penerbit untuk semua rancangan Narnia yang akan datang. 

"Narnia adalah salah satu daripada hak pusaka yang merentasi pelbagai generasi dan benua," Gordan berkata, "Kami tak sabar untuk memulakan pelbagai penerbitan yang kami ingin lakukan."

(Diterjemahkan daripada artikel IGN SEA bertajuk, "Netflix Announces Chronicles of Narnia Movies and Series" yang ditulis oleh Brian Barnett bertarikh 3 Oktober 2018)