Rabu, 3 Oktober 2018

Sarawak Luluskan RM20 Juta Untuk Gereja-Gereja Dan Tokong-Tokong


KUCHING: Kerajaan Sarawak melalui Unit Agama-Agama Lain / Unit For Other Religions (Unifor) dalam Jabatan Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan RM20 juta tahun ini untuk 226 projek melibatkan pembinaan dan pembaikan rumah-rumah ibadah di negeri itu. 

Unifor, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa penyampaian cek untuk rumah-rumah ibadah oleh Timbalan Ketua Menteri, Douglas Uggah Embas di sini hari ini, menyatakan bahawa RM15.87 juta telah diluluskan untuk fasa pertama pada Mei, meliputi 206 projek di sekeliling Sarawak. 

Jumlah RM3.57 juta lagi telah diluluskan baru-baru ini, melibatkan 20 projek, dan pada hari ini lapan ahli dewan undangan negeri menerima cek untuk 13 projek yang diluluskan untuk kawasan mereka berjumlah RM1.8 juta.

Ahli-ahli undangan negeri ini akan mengagihkan cek-cek itu kepada pertubuhan-pertubuhan agama di kawasan mereka manakala cek-cek untuk tujuh lagi projek berjumlah RM1.75 juta, yang telah diluluskan di bawah fasa dua, telah diberikan kepada ahli-ahli undangan negeri sebelum ini. 

Menurut kenyataan itu, baki peruntukan RM560,000 untuk 2018 adalah untuk projek-projek di bawah fasa tiga dan dipercayai akan diberikan pada penghujung bulan ini.

Sementara itu, Uggah dalam ucapannya berkata bahawa semua jawatankuasa-jawankuasa agama haruslah memastikan peruntukan-peruntukan itu digunakan dengan kebijaksanaan.

Dia berkata bantuan daripada ahli-ahli undangan negeri diperlukan untuk menolong Unifor memantau projek-projek itu untuk memastikan ianya dilaksanakan dengan berjaya. 

"Kakitangan-kakitangan Unifor juga akan turun padang untuk memastikan projek-projek itu dilaksanakan mengikut rancangan," katanya.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Sarawak Approves RM20 Million For Churches, Temples" bertarikh 3 Oktober 2018)