Foto oleh Steven Fung / FB CCM Youth Network |
Majlis Gereja-Gereja Malaysia / Council of Churches of Malaysia (CCM) telah mengadakan mesyuarat agung tiga tahun sekalinya dari 8-10 Mei di Hotel Trove, Johor Bahru.
Dalam mesyuarat agung itu, anggota-anggota Jawatankuasa CCM untuk tempoh 2019-2022 telah dipilih:
1. Presiden: Bishop Dr Ong Hwai Teik (Methodis)
2. Timbalan Presiden: Bishop Melter Tais (Anglikan Sabah)
3. Naib-Naib Presiden:
a) Cor Episcopa Philip Thomas (Ortodoks Syrian)
b) Bishop Aaron Yap (Gereja Lutheran di Malaysia)
c) Rev Steward Damat Mambang (Methodis)
4. Setiausaha Umum: Rev Dr Hermen Shastri (Methodis)
5. Bendahari Kehormat: Penatua Moh Cheh Liang (Presbyterian)
Semua AJK tertinggi CCM ada dalam foto di atas kecuali Cor Episcopa Philip Thomas.