Isnin, 6 Mei 2019

Artikel Popular 5 Bintang Di Blog Domba2Domba


Filem Avengers: End Game sedang mendapat sambutan amat hebat di pawagam-pawagam tempatan dan luar negeri. Ada beberapa orang kawan cuba memberikan ranking bintang mereka untuk filem Marvel yang epik ini. Berapakah bintang yang akan anda berikan untuk filem itu?

Pada Ogos lepas, saya telah menulis mengenai sistem ranking yang telah saya rangka untuk artikel-artikel popular di blog ini.

Carta ranking untuk artikel popular di blog domba2domba

Melalui sistem ranking ini, saya dapat menilai populariti setiap artikel di blog ini.

Majoriti besar artikel di blog domba2domba mendapat ranking 3 bintang atau 4 bintang. Ada sebilangan kecil artikel yang mendapat 5 bintang. Mengikut kajian yang telah saya buat pada Mei tahun lepas:

45% artikel mendapat ranking 3 bintang,
49% artikel mendapat ranking 4 bintang,
6% artikel mendapat ranking 5 atau 6 bintang.

Dalam erti kata lain, tidaklah mudah untuk sesuatu artikel mendapat 5 bintang! 

Sesebuah artikel perlu mendapat di antara 10,000 hingga 99,999 pageview untuk mencapai ranking 5 Bintang, dan melebihi 100,000 pageview untuk mendapat 6 Bintang!

Namun begitu, terdapat sebilangan artikel yang telah mencapai 5 bintang dan 6 bintang.

Jika anda ingin tahu manakah artikel-artikel yang mendapat ranking 5 dan 6 bintang di blog ini, anda hanya perlu klik mengikut tahunnya di bawah.

Saya agak terkejut bahawa ada 5 artikel telah mendapat 6 Bintang, iaitu satu setiap tahun 2014-2017 dan kini 2019. 

ARTIKEL POPULAR 5 DAN 6 BINTANG

2019 -  5 Artikel
2019 -  1 Artikel
(sehingga Mei 2019)

2018 -  26 Artikel

2017 -  50 Artikel
2017 -    1 Artikel

2016 -  20 Artikel
2016 -    1 Artikel

2015 -  13 Artikel 
2015 -    1 Artikel 

2014 -  2 Artikel 
2014 -  1 Artikel 

2013 -  2 Artikel 

2012 -  1 Artikel 

2011 -  2 Artikel