Pasukan petugas khas yang ditubuhkan Kementerian Dalam
Negeri akan menyiasat kes membabitkan Amri Che Mat terlebih dahulu sebelum
diikuti kehilangan paderi Raymond Koh.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin berkata langkah itu
diambil bagi mengelakkan berlaku isu subjudis.
"Kes Koh sudah dibawa ke mahkamah dan ada seorang yang
dituduh.
"Justeru untuk tidak dikatakan subjudis, pasukan
petugas ini akan melihat kepada kes Amri terlebih dahulu," katanya pada
sidang media di Putrajaya hari ini.
Terdahulu Muhyiddin menyerahkan surat pelantikan kepada enam
anggota pasukan petugas yang akan meneliti kes kehilangan paksa dua individu
terbabit.
Pada tahun lalu seorang pemandu separuh masa Grab, Lam Chang
Nam, 31, dituduh atas dakwaan menculik Koh.
Berdasarkan kertas pertuduhan, Lam - bersama tujuh individu
lain yang masih bebas - menculik Koh di Petaling Jaya kira-kira jam 10.25 pagi
pada 13 Feb 2017.
Katanya KDN berpendapat wujud kegusaran mengenai integriti
Polis Diraja Malaysia dalam kalangan orang awam ekoran dapatan Suhakam
tersebut.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Pasukan Petugas Khas Siasat Amri Dulu" yang ditulis oleh Hariz Mohd bertarikh 26 Mei 2019)
Dia didakwa memeras ugut keluarga Koh sebanyak RM30,000 bagi
membebaskan paderi terbabit.
Kes itu masih dibicarakan di mahkamah.
Menurut Muhyiddin selepas kes berkaitan penculikan Koh diselesaikan, barulah pasukan petugas khas berkenaan meneliti kesnya.
Katanya, ia juga tidak adil kepada PDRM sebagai pihak yang
dituduh dalam pendengaran berkenaan.
"KDN berpendapat laporan Suhakam itu sesuatu yang
serius dan wajar diteliti. Sebab itu kerajaan perlu menyiasat laporan Suhakam
supaya adil kepada semua pihak," katanya.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Pasukan Petugas Khas Siasat Amri Dulu" yang ditulis oleh Hariz Mohd bertarikh 26 Mei 2019)