Becket Cook tahu dari usia yang muda bahawa dia tertarik pada lelaki. Dan sambil dia membesar dan mengejar impiannya sebagai pereka set fashion di Los Angeles, dia juga terjun ke dalam gaya hidup gay.
Cook berfikir bahawa dia telah memiliki semuanya. Dia berparti di rumah pelakon-pelakon terkenal dan menghadiri acara-acara Anugerah Oscar, Grammy dan Golden Globe. Tetapi tiba-tiba Cook menyedari semuanya itu tidak mencukupi baginya.
"Saya mengalami detik itu pada Mac 2009," katanya dalam podcast Charisma News. Saya ada di Paris Fashion Week, dan saya pergi ke beberapa pertunjukan dan parti-parti selepasnya, dan ketika di salah satu parti itu... saya mengalami satu rasa kekosongan yang menguasai diri. Saya berfikir, 'Ini tidak dapat memuaskan hidupku lagi.'"
Cook tidak dapat tidur semalaman sambil memikirkan apakah yang akan dia lakukan. Dia sedar bahawa dia tidak dapat terus hidup seperti itu.
Becket Cook menceritakan kisah hidupmya |
"Mereka menjemput saya ke gereja untuk Ahad yang berikut," kata Cook.
Apabila dia pergi, dia tidak menyangka akan mengalami pertemuan yang menakjubkan dengan Roh Kudus.
Pastor di gereja itu sedang berkhutbah dari Roma 7. "Semakin dia berkhutbah, semakin saya tertarik dengan khutbahnya," dia mengingat kembali. "Segala yang dikatakannya, setiap ayat, begitu menyakinkan hati dan fikiran saya sebagai benar. Kenapa ya?"
"Saya sangat terkesan oleh Injil yang disampaikan," katanya. "Kemudian pastor itu menjemput orang ramai untuk datang didoakan di sisi gereja oleh pelayanan doa... jadi saya berjalan kepada seorang lelaki di situ dan berkata, 'Hai, saya di sini, tapi saya tak tahu apa yang saya percaya.' Dan dia mula berdoa untuk saya, dan doa itu kelihatan begitu tertumpu dan berkuasa. Ianya sungguh dipenuhi kasih."
Cook kembali ke tempat duduknya dan mula memikirkan mengenai khutbah, doa dan muzik itu. "Secara tiba-tiba Roh Kudus membanjiri fikiran dan tubuh saya. Tuhan pada ketika itu menyatakan dirinya kepada saya. Itu adalah detik jalan ke Damsyik."
Suara kecil dari Tuhan berbisik di hatinya: Akulah Allah dan Yesuslah Anak-Ku. Syurga itu nyata. Neraka itu nyata. Alkitab itu benar dan sekarang kamu diterima ke dalam kerajaan-Ku.

Cook menarik nafas, kemudian mulai menangis dengan kuat, menangis dengan tidak dapat dikawal lagi. "Ianya seperti Yesaya di Bait Allah ketika dia melihat kekudusan Allah dan tidak dapat mengendali diri lagi. Saya tidak pernah menangis sebegitu kuat dalam seumur hidup saya. Saya fikir saya tak pernah pun menangis begitu kuat ketika masih kanak-kanak."
"Saya menangis atas dosa-dosa saya. Saya juga rasakan sukacita; saya amat terharu kerana baru saja bertemu raja seluruh semesta alam, Yesus. Saya amat terharu kerana itu."
Cook meninggalkan gereja itu dan memandu pulang ke rumah. "Saya hampir tidak dapat melihat, mata saya begitu merah sekali," dia mengingat kembali. "Apabila saya sampai di rumah, saya terus ke katil. Saya perlu tidur sekejap, saya sungguh terkejut oleh semuanya."
Kemudian Roh Kudus turun ke atasnya lagi! "Ianya seperti Musa di bersembunyi di celah batu. Tuhan berkata, Mari, Aku ingin tunjukkan padamu lebih lagi kemuliaan-Ku. Dia berlalu di samping katil saya. Saya melonjak dari katil dan menangis dengan kuat lagi.
"Oh Tuhan" Cook melaungkan, "Engkau memiliki hidupku sepenuhnya! Aku dah tak ke mana lagi! Inilah yang muktamad!"
Dengan tiba-tiba dia telah menjadi ciptaan baru dalam Kristus. "Saya tahu di dalaman hati saya bahawa menjadi gay bukan lagi sebahagian daripada saya. Itu bukan sebahagian daripada saya lagi. Saya tidak akan menjalani hidup itu lagi. Saya mengetahui itu dengan serta-merta. Saya tidak peduli mengenai itu lagi sebab saya baru saja bertemu Yesus, jadi saya tidak peduli lagi."
"Segalanya telah terjadi dalam satu hari. Ianya telah mengubah hidup saya sepenuhnya dan segala-galanya berubah."
Cook bertumbuh dalam imanya di Gereja Reality, Los Angeles, dan kemudian mengambil keputusan berkursus di Talbot Seminary.
Dia telah mula menulis bukunya sebelum memulakan pengajian di seminari, dan merasa Tuhan memimpinnya untuk membantu gereja lebih memahami isu-isu berkaitan identiti seks.
"Budaya masa kini telah meresap ke dalam gereja," dia memerhatikan. "Orang-orang Kristian tidak tahu lagi apa yang harus dipercayai. Adakah amalan homoseks itu dosa atau adakah ianya bukan lagi? Lady Gaga kata ianya bukan. Taylor Swift kata ianya bukan, jadi ianya mungkin bukan."
"Saya menulis buku itu untuk gereja agar memahami bahawa ya, ini masih dosa. Ianya tidak pernah berubah. Budaya masih kini yang menipu kita."
Dia percaya bahawa Iblis sedang memutar-belitkan Firman Tuhan di gereja. "Ada dosa-dosa yang lain, tetapi dosa ini sedang mengambil alih dunia dan budaya kita. Ianya berbeza daripada dosa-dosa lain kerana ianya berkaitan dengan identiti kita. Amatlah penting untuk memahami ini dan memahami betapa besar tipu daya ini."
Cook telah berkongsi kisahnya di gereja-gereja dan universiti-universiti Kristian. "Saya ingin orang dapat memahami isu ini, dan memahami Injil, bagaimana ianya dapat mengubah hidup anda."
"Ketika saya menjalani hidup itu selama 20 tahun, pasti saja itu telah menjadi identiti saya. Saya berfikir bahawa saya akan jadi begitu untuk seumur hidup saya. Saya tak berfikir akan ada apa-apa perubahan. Ketika saya bertemu dengan Tuhan, segala-galanya berubah."
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Charisma Magazine yang ditulis oleh Jenny Rose Spaudo bertarikh 22 Ogos 2019 dan artikel God Reports yang ditulis oleh Mark Ellis bertarikh 6 Ogos 2019)