Rabu, 25 Disember 2019

Raja dan Permaisuri Ucap Selamat Hari Krismas



Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah and Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menyampaikan ucap selamat kepada masyarakat beragama Kristian di seluruh negara yang menyambut Krismas hari ini.


“Selamat Hari Krismas dan selamat tahun baru kepada anda serta keluarga tersayang.

Semoga musim perayaan ini membawa keamanan, kemakmuran dan kegembiraan kepada semua,” titah Seri Paduka berdua dalam hantaran pada akaun Instagram Istana Negara.

-Bernama

(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Raja dan Permaisuri Ucap Selamat Hari Krismasbertarikh 25 Disember 2019)