Khamis, 16 Januari 2020

Bintang Bolasepak Liverpool, Firmino Dibaptis Dalam Air Dalam Upacara Penuh Emosi


Pemain-pemain bintang Liverpool Roberto Firmino dan Alisson Becker berlinangan air mata selepas Bobby menjalani upacara baptisan Kristian yang penuh emosi. 

Pemain baris hadapan Brazil itu telah memuatkan satu video yang mengharukan di Instagramnya yang menunjukkan detik rakan sepasukannya membantu membimbingnya menjalani upacara keagamaan itu yang disaksikan oleh keluarga dan kawan-kawan. 

Dalam sedutan video itu yang dirakam sambil berpuluh-puluh orang berkumpul untuk menyaksikan bersamanya, Firmino dapat dilihat berjalan ke dalam kolam renang manakala Alisson sedang menunggu di dalam air. 

Firmino kemudian menyertai isterinya, Larissa dan seorang lelaki lain sambil mereka merebahkannya ke dalam air di bantu Alisson dengan tangannya yang selamat. 

(Dari Instagram Roberto Firmino)

Apabila Firmino muncul lagi dari air, dia menjulang tangannya dan memeluk isterinya yang menangis tersedu-sedu. 

Di latar belakang video itu, Alisson juga kelihatan sedang menyapu air mata dari matanya setelah mengambil bahagian dalam hari yang penuh bermakna itu. 

Beserta video itu, Firmino menyatakan kesyukurannya kepada Tuhan untuk segala yang telah dicapainya.

Diterjemahkan dengan Google, ianya mengatakan, "Saya berikan kegagalanku dan kejayaan juga saya berikan kepada-Mu." 

(Dari Instagram Roberto Firmino)

"Gelaran terbesar saya adalah Kasih-Mu Yesus. 

"Jadi siapa yang ada di dalam Kristus, ia adalah ciptaan baru

"Yang lama sudah berlalu, sesungguhnya yang baru sudah datang."



Ribuan peminat dengan cepat memberi komen dan mengucapkan tahniah kepadanya pada hari penting hidupnya. 

Seorang peminat berkata, "Tahniah dari Negara Thai saudaraku.. Yesus amat mencintaimu. YNWA." 

(Diterjemah daripada artikel Liverpool Echo bertajuk, "Liverpool Stars Firmino and Alisson Moved To Tears By Emotional Baptism" yang ditulis oleh Jenny Kirkham bertarikh 15 Januari 2019)