Jumaat, 7 Februari 2020

Orang-Orang Kristian China Dengan Berani Berkongsi Kasih Kristus Di Jalanan Di Zon Bahaya Virus Korona


Lebih kurang 350 orang Amerika telah kembali dari China selepas meninggalkan zon panas virus korona, mendarat di California di mana mereka akan dikuarantin. Penghantaran pulang itu telah terjadi sambil virus itu masih terus tersebar, menjangkiti lebih 28,000 orang.

China mengakui sekurang-kurangnya 560 orang telah mati, tetapi jumlah yang sebenar tidak dapat disahkan dan ada yang percaya bahawa bilangan kematian adalah jauh lebih tinggi.

Di pusat tengah penularan wabak virus korona di Wuhan, China, topeng-topeng pembedahan sedang digunakan dengan dua cara untuk menyebarkan Injil.

Pertamanya, orang-orang Kristian sendiri memakai topeng-topeng itu sambil mereka menceritakan mengenai Yesus kepada orang-orang di jalanan. Ini bukan sahaja membantu menghalang penyakit, tetapi juga menghalang pendakwaan oleh pihak kerajaan China oleh kerana topeng-topeng itu dapat menyembunyikan identiti seseorang. 

Dianggarkan terdapat anggaran 100 juta Kristian di China, yang sering menghadapi penganiayaan di negara Komunis itu. Untuk sebab itu, kebanyakan mereka beroperasi secara bawah tanah. 

Keduanya, orang-orang Kristian China sedang mengedarkan topeng-topeng kepada orang ramai di jalanan. Bersama dengan topeng-topeng itu, mereka juga edarkan risalah-risalah Injil.

Wartawan CBN News bahagian Asia, Lucille Talusan berkata oleh kerana orang-orang di Wuhan sedang menghadapi keadaan tidak menentu dan menakutkan di tengah-tengah wabak virus korona itu, ada sebilangan mereka telah menjadi lebih terbuka kepada Kristus pada waktu ini. 

"Ada orang-orang Kristian, dari satu pelayanan di Wuhan, mereka turun ke jalanan. Mereka sangat berani," katanya. "Mereka mengedarkan topeng-topeng dan mengatakan mereka adalah Kristian dan berkongsi kasih Kristus dan menunjukkan ├Ârang kepada Yesus untuk memberi harapan kepada mereka, keluarga-keluarga mereka dan seluruh China... ini benar-benar satu tindakan yang membawa perubahan dan impak." 

(Dipetik dan diterjemahkan artikel CBN bertajuk, "Christians Boldly Share The Love Of Christ On The Streets Of China's Coronavirus Hot Zone"yang ditulis oleh Lorie Johnson bertarikh 5 Februari 2020)