Isnin, 15 Jun 2020

Semua Rumah Ibadat Bukan Islam Kini Boleh Beroperasi Tetapi Dengan Sepertiga Kapasiti Biasa, Kata Ismail Sabri

PUTRJAYA: Kesemua 5,230 rumah ibadat bukan Islam kini dibenarkan beroperasi, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

Menteri Kanan itu berkata hari dan masa beroperasi adalah seperti jadual operasi biasa mereka sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan. 

Bagaimanapun, rumah-rumah ibadat ini dikehendaki memastikan prosedur operasi standard (SOP) diikuti oleh pengikut-pengikut ibadah seperti penjarakan sosial dan mengambil suhu sebelum menyertai sidang jemaat. 

"Rumah-rumah ibadat ini hanya boleh menampung sepertiga daripada kapasiti biasa mereka dan para hadirin perlu memuat turun aplikasi MySejahtera, dia berkata pada hari Isnin (15 Jun). 

Ismail Sabri berkata manakala ini adalah kebenaran secara umum yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan, adalah terserah kepada kerajaan negeri masing-masing untuk membuat keputusan bilakah rumah-rumah ibadat boleh dibuka semula," katanya.

(Diterjemahkan daripada artikel The Star bertajuk, "All Non-Muslim Places Of Worship Can Now Operate But With One Third Of Usual Capacity, Says Ismail Sabri" yang ditulis oleh Mazwin Nik Anis bertarikh 15 Jun 2020)