Khamis, 18 Jun 2020

Sabah Benarkan Rumah Ibadat Bukan Islam Dibuka Kembali


KOTA KINABALU: Sabah telah membenarkan rumah-rumah ibadat bukan Islam untuk dibuka kembali di zon-zon hijau dan kuning dengan kepatuhan tegas pada prosedur kesihatan. 

Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Jenifer Lasimbang berkata ini telah diputuskan oleh Kabinet negeri hari ini sebagai sebahagian daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jenifer Lasimbang, Pembantu Menteri
Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri

Bagimanapun, hanya sepertiga daripada kapasiti para pengikut ibadat akan dibenarkan menghadiri kebaktian-kebaktian keagamaan dengan peraturan penjarakan sosial 1 meter diamalkan.

Suhu badan para pengikut ibadat akan diambil dan mereka dinasihatkan untuk memakai penutup muka dan membersihkan tangan mereka, kata Lasimbang dalam satu kenyataan.

"Mereka yang tidak dbenarkan menghadiri kebaktian-kebaktian agama adalah mereka yang berusia 70 tahun ke atas, kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah, individu-individu yang menunjukkan tanda-tanda batuk, sakit kerongkong dan demam panas dan juga mereka yang mengidap masalah kesihatan seperti kencing manis, kanser dan lain-lain," katanya.

Dia berkata bahawa perkahwinan, pengkebumian dan perayaan yang melibatkan keramaian dan juga aktiviti lain yang melibatkan sentuhan seperti pertemuan perkumpulan juga dihadkan semasa tempoh PKPP. 

Ahli-ahli jawatankuasa, ketua-ketua rumah ibadat dan mereka yang bertugas juga dilarang untuk berkumpul dalam kumpulan selepas kebaktian atau doa, katanya.

(Diterjemahkan daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Sabah Allows Non-Muslim Houses Of Worship To Reopen" bertarikh 17 Jun 2020)