Tetapi
semasa Perintah Kawalan Pergerakan tahun lepas pada 19 Julai 2020, ketika rutin
biasa doa harian saya pada 5.30 pagi, saya teringat permintaan Saudari Lay Hua
dan mengeluarkan Alkitab AVB saya. Sambil saya membaca seimbas lalu ayat dari
Matius 6:9, Roh Kudus mula berbicara kepada saya seolah-olah sedang menyanyikan
irama di dalam fikiran saya sambil saya membaca ayat demi ayat dari petikan
itu.
Sambil
setiap irama itu ditulis, saya mulai menangis, sambil Doa Bapa Kami, dalam Bahasa
Kebangsaan kita menjadi detik cetusan ilham. Dalam proses itu, saya takjub
dengan pengarahan kreatif Roh Kudus sehingga saya menulisnya dalam dua bahagian
di mana ayat-ayat Alkitab itu beralih menjadi Korus.
Saya berdoa
versi ini menjadi detik cetusan ilham bagimu dan bagi Negara kita yang
memerlukan doa kita dan agar versi Doa Bapa Kami ini akan menyemarakkan
Malaysia oleh rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia. Dalam nama Yesus, Amin.
Oleh
Patrick Leong
****************************************************** DOA BAPA KAMI Key in G Matius 6:9 G C D G Ya Bapa kami yang di syurga, Sucilah Nama-Mu Am Bm C Bm Datanglah kerajaan Mu, Terlaksanalah kehendak-Mu Am D G di bumi sebagaimana di syurga Am Bm C D Berilah kami makanan untuk hari ini C Bm C Ampunkanlah kesalahan kami Bm Em Am Bm Am Bm C Sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami Am Bm Cm Janganlah biarkan kami tergoda, F Bb F/A Gm Tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat. Cm Dm Eb Cm Dm F/Eb Engkaulah yang empunya kerajaan, kekuasaan dan kemuliaan F F/Eb F Bb selama-lamanya. Amin DOA BAPA KAMI Matius 6:9 Ya Bapa kami yang di syurga Sucilah Nama Mu Datanglah kerajaan Mu Terlaksanalah kehendak Mu Di bumi sebagaimana di syurga Berilah kami makanan untuk hari ini Korus Ampunkanlah kesalahan kami Sebagaimana kami mengampuni mereka Yang bersalah terhadap kami Janganlah biarkan kami tergoda Tetapi selamatkanlah kami daripada yang jahat Engkaulah yang empunya kerajaan Kekuasaan dan kemuliaan Selama-lamanya, Amin.
(Diambil dan diterjemahkan daripada catitan video YouTube Borneo Sabda bertajuk, "Doa Bapa Kami [Recorded Live] The Lord's Prayer by Patrick Leong" bertarikh 30 Mei 2021)