Dalam video itu, dua lelaki pergi melihat sendiri kemunculan nama Yahweh di tembok timur Bait Suci itu.
Terdahulu laman Israel 360 News telah melaporkan pada 13 Julai mengenai fenomena ini:
"Kadangkala penglihatan profetik boleh muncul dalam pandangan umum, namun begitu tidak disedari ramai. Begitulah keadaannya apabila satu hantaran muncul di Tik Tok menunjukkan tembok timur Bait Suci yang disempadani sebuah jalanraya utama.
Batu-batan kuno Yerusalem menjadi tempat tumbuhnya pelbagai tumbuhan termasuklah Thorny Caper yang bertumbuh pesat. Batya Vagshal, seorang wanita Israel yang kuat beragama, terkejut melihat tumbuh-tumbuhan itu telah bertumbuh untuk membentuk huruf-huruf. Huruf-huruf itu kelihatan 'tertulis' dalam ktav ashuri, sejenis gaya kaligrafi yang digunakan dalam penulisan kitab-kitab suci. Tiga huruf dilihat dengan jelas: י (yud), ה (heh), ו (vav). Huruf-huruf itu ternyata adalah tiga huruf pertama dalam nama Tuhan yang begitu agung sehingga tidak terucapkan yang berhuruf empat (tanpa huruf terakhir ה (heh)."
Huruf-huruf Ibrani YHWH |