Khamis, 15 September 2011

Doa St. Francis

Tuhan, jadikan aku alat kedamaian-Mu.
Di mana ada kebencian, biarlah aku menabur kasih.
Di mana ada kelukaan, pengampunan.
Di mana ada keraguan, keimanan.
Di mana ada kehampaan, pengharapan.
Di mana ada kegelapan, cahaya.
Di mana ada kesedihan, sukacita.

O Tuhan,
Ajarku agar tidak begitu menginginkan
untuk dihiburkan seperti untuk menghiburkan;
Untuk difahami seperti untuk memahami;
Untuk dikasihi seperti untuk mengasihi.


Sebab di dalam memberi, kami menerima,
di dalam mengampuni, kami diampuni,
dan di dalam kematian, kami dilahirkan ke dalam hidup kekal.

(Diterjemahkan daripada "Prayer of St. Francis")