Isnin, 19 September 2011

Kisah Pendeta Tua

Seorang pendeta yang sudah berusia telah ditegur oleh salah seorang diakennya pada suatu hari Ahad sebelum kebaktian.  “Pastor,” kata orang itu, “sesuatu pasti tidak betul dengan khutbahmu ataupun pelayananmu. Pada sepanjang tahun ini, hanya ada satu orang sahaja telah ditambahkan ke gereja ini, dan dia pun cuma seorang budak.” Pendeta itu mendengar, matanya mula berair dan tangannya yang kurus menggeletar. “Aku dapat rasakan segalanya,” jawabnya, “tetapi Tuhan tahu bahawa aku telah berusaha melakukan tugasku.” Pada hari itu, pendeta  itu berdiri dengan berat hati di depan jemaatnya. Sambil dia mengakhiri khutbahnya,  dia merasakan keinginan yang sangat kuat untuk meletak jawatan.
Selepas semua orang sudah pulang, budak lelaki yang seorang itu datang  kepadanya dan bertanya, “Apakah pandangan Pastor, kalau saya berusaha kuat untuk mendapatkan pendidikan,  adakah saya boleh menjadi seorang pendeta, atau mungkin seorang utusan injil?” Sekali lagi air berlinangan di mata pendeta itu. “Ah, ini menyembuhkan sakit yang kurasakan,” katanya. “Robert, Aku dapat lihat pekerjaan tangan Tuhan sekarang. Semoga Tuhan memberkatimu. Ya, aku fikir kau akan menjadi seorang pengkhabar Injil.” 
Robert Moffat
Bertahun-tahun kemudian seorang utusan injil yang sudah berusia kembali ke England dari Afrika. Namanya disebut dengan hormat sekali. Pembesar-pembesar pun menjemput dia ke rumah-rumah mereka. Dia telah menambahkan banyak jiwa-jiwa ke dalam gereja Tuhan Yesus, sampai berhasil menjangkau sebilangan ketua suku yang ganas . Namanya Robert Moffat, iaitu Robert yang sama yang telah bertahun-tahun sebelumnya berbicara dengan pendetanya pada pagi Ahad itu di sebuah gereja tua di Scotland.


Apa yang kita lakukan mungkin kelihatan kecil pada pandangan manusia, tetapi di dalam tangan Tuhan, ianya boleh menjadi sesuatu yang sangat berhasil dan luarbiasa!