Roger Simms sedang meminta ditumpang pulang ke rumah oleh kereta yang sambil lalu. Dia tidak akan dapat lupakan tarikh itu, 7 Mei. Begnya yang berat membuat Roger kepenatan. Dia tak sabar-sabar lagi untuk menanggalkan buat selamanya seragam askar yang dipakainya. Sambil memberi isyarat tangan meminta penumpangan, dia sudah berputus asa sehinggalah dia melihat sebuah kereta Cadillac hitam yang baru dan berkilat. Dia terkejut apabila kereta itu berhenti. Pintu sebelah penumpang pun terbuka. Dia berlari ke arah kereta, meletakkan begnya di belakang, lalu duduk di kerusi depan sambil berterima kasih kepada lelaki tampan yang berpakaian segak itu. ‘Kembali untuk selamanya?” ‘Tentu sekali,” jawab Roger. ‘Kau bernasib baik kalau kau nak ke Chicago.” ‘Oh tidak sebegitu jauh. Encik tinggal di Chicago?” ‘Ya, saya punya perniagaan di situ. Nama saya Hanover.”
Setelah bercerita tentang banyak hal, Roger, seorang Kristian, merasa suatu desakan untuk bersaksi kepada usahawan ini yang kelihatan berusia lima puluhan. Tetapi dia terus menangguh-nangguhkannya, sehinggalah dia sedar bahawa dia hanya tiga puluh minit lagi dari rumahnya. Sudah tiba waktunya sekarang atau tiada lagi kesempatan. Dengan itu, Roger pun berkata, ‘Encik Hanover, saya ingin memberitahu Encik tentang suatu hal yang sangat mustahak.” Lalu dia terus menerangkan tentang jalan keselamatan, pada akhirnya menanya Encik Hanover samada dia ingin menerima Yesus sebagai Juruselamatnya. Roger terkejut kerana kereta Cadillac itu tiba-tiba dipandu ke bahu jalanraya. Roger sangka bahawa dia akan disuruh keluar daripada kenderaan itu. Tetapi ahli perniagaan itu terus tunduk kepalanya dan menerima Yesus, lalu berterima kasih kepada Roger. ‘Inilah hal yang terbaik yang pernah terjadi padaku.”
Lima tahun telah berlalu, Roger pun sudah berkahwin, mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun, dan memiliki perniagaannya sendiri. Sambil dia mengemas begnya untuk kunjungan bisnes ke Chicago, dia menjumpai sekeping kad perniagaan kecil berwarna putih yang telah diberikan Encik Hanover kepadanya lima tahun yang lalu. Sewaktu di Chicago, dia pergi melawat Syarikat Perniagaan Hanover. Seorang penyambut tetamu memberitahunya bahawa mustahil baginya bertemu Encik Hanover, tetapi dia boleh bertemu dengan Puan Hanover. Dia merasakan sedikit keliru dengan apa yang sedang terjadi, sambil itu diapun dibawa masuk ke bilik pejabat yang kemas cantik dan mendapati dirinya berhadapan dengan seorang wanita usia lima puluhan yang memandangnya dengan teliti.
Wanita itu menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan. ‘Anda kenal suamiku?” Roger memberitahu bagaimana suami wanita itu telah menumpangkannya pulang dalam kereta selepas Perang. ‘Bolehhkah kamu beritahu saya bilakah itu?” ‘Hari itu 7 Mei, lima tahun yang lalu, iaitu harinya saya tamat perkhidmatan dengan tentera.” ‘Adakah sesuatu yang istimewa tentang hari itu?” Roger terhenti seketika. Haruskah dia memberitahu tentang kesaksian yang pernah disampaikannya? Oleh kerana dia sudah sampai dari jauh, baik sahaja dia menyatakannya. ‘Puan Hanover, saya telah menjelaskan Injil kepadanya. Dia memandu ke tepi jalan dan menangis dekat stering memandu kereta. Dia menyerahkan hidupnya kepada Yesus pada hari itu.”
Wanita itu dengan tiba-tiba menangis terisak-isak sehingga bergegar tubuhnya. Sambil menguasai diri, Puan Hanover pun mengatakan, ‘Aku telah berdoa untuk keselamatan suamiku selama bertahun-tahun. Dulu aku percaya bahawa Tuhan akan menyelamatkannya.” ‘Dan,” kata Roger, ‘Di manakah suami puan sekarang, Puan Hanover?” ‘Dia sudah meninggal dunia,” tangisnya, ‘Dia terlibat dengan kemalangan jalanraya setelah dia menghantarkan engkau. Dia tidak sempat pulang ke rumah lagi. Kau tahu, aku sangka bahawa Tuhan tidak menunaikan janji-Nya.” Sambil menangis terisak-isak lagi, dia menambah, ‘Aku berhenti hidup untuk Tuhan sejak lima tahun yang lalu sebab aku sangka bahawa Dia tidak memegang janji-Nya!”
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel “Why Christians Sin”, J. Kirk Johnston, Discovery House, 1992, pp. 39-41)