Rabu, 18 April 2012

Juara Masters Bubba Watson Bersaksi Untuk Tuhan




Bubba Watson melambai kepada
peminat-peminatnya selepas
memakai jaket hijau juara
Bubba Watson, memenangi Kejohanan Masters untuk pertama kali, mendapat jaket hijau kemenangan pada Hari Kebangkitan, baru-baru ini menyebut tentang menghantar tweet untuk bersaksi bagi Tuhan, tentang pengajian Alkitab PGA yang dia sertai dan tentang anak angkatnya yang baru.

Watson, 33 tahun, bercakap dengan Billy Graham Evangelistic Association selepas memenangi Kejohanan Masters 2012 pada hari Ahad. Pemain golf itu, yang dengan air mata, mengucapkan terima kasih kepada "Tuhan dan Juruselamatku, Yesus Kristus" selepas kemenangan besar itu, mengatakan bahawa dia menggunakan akaun Twitternya untuk mengembangkan iman Kristiannya.

Dalam profil Twitter Watson, dia memperkenalkan dirinya sebagai "Kristian, Suami, Bapa, Pemain Golf Profesional." Pemain golf Kristian ini kata bahawa dia kehilangan sekurang-kurangnya 100 pengikut setelah menghantar tweet dengan mesej Alkitabiah.

Apabila Watson menerima reaksi negatif kepada tweetnya yang bermesej Alkitabiah, dia membalas dengan mesej seperti, "Aku akan berdoa untukmu dan keluargamu." Pemain golf ini juga menyebut tentang salah seorang rapper Kristian kegemarannya, Lecrae, yang telah mengatakan bahawa dia ingin pengikut-pengikutnya dapat melihat Tuhan menerusi hidupnya.

"Lecrae mengatakannya dengan baik sekali," Watson memberitahu Billy Graham Evangelistic Association, "Dia tidak mahu jadi selebriti. Dia tidak mahu jadi superstar. dia hanya mahu menjadi orang tengah untuk anda melihat Tuhan menerusi hidupnya."

Watson beraksi dalam Masters 2012
(The Masters adalah satu daripada
empat kejohanan golf terbesar dunia)
Watson memelihara prinsip Kristiannya semasa pertandingan golf dengan melibatkan diri dalam pengajian Alkitab setiap minggu dengan pemain golf yang lain. Dia menyatakan tentang pentingnya berhubungan dengan Tuhan dan dengan para pemain yang lain.

"Bagiku, ianya satu cara untuk berhubungan kembali dengan Alkitab, dan dengan Tuhan. Ini juga kesempatan untuk mengenali orang lain, untuk menjadi teman berbual, menanya soalan, menyatakan apa yang anda fikirkan dan menceritakan apa yang sedang berlaku dalam hidupmu," kata Watson. "Mendalami lagi akan Firman dan menyedari bahawa golf hanyalah satu saluran yang digunakan oleh Yesus untukku menjangkau seramai orang yang mungkin.

Watson yang dengan isterinya Angie Ball, bekas pemain WNBA baru-baru ini telah mengambil anak angkat seorang bayi berumur sebulan bernama Caleb, juga menceritakan tentang pengalamannya yang pertama di gereja. Menurut Watson, dua adik beradik kembar perempuan dari jirannya telah menyakinkannya untuk menghadiri gereja.

"Mereka mengundang aku ke gereja," kata Watson. "Setelah mengunjungi beberapa kali, aku menyedari inilah yang aku inginkan. Ada kebenaran di situ. Dan aku menyerahkan hidupku kepada Tuhan."

Bubba Watson dan isterinya, Angie
bersama anak angkat mereka, Caleb
Setelah dia mula berpacaran dengan Ball, pasangan pacaran itu mengambil keputusan hidup bagi Kristus. Watson mengambil keputusan dibaptis dengan isterinya pada tahun 2004 sebagai seorang pelajar di Universiti Georgia.

"Kami mahu menjadi pengikut Kristus," kata Watson. "Kami mahu lakukan hal yang betul. Kami mulai menyerah kepada Tuhan keputusan-keputusan dalam hidup kami."

Pemain profesional golf ini, yang pernah mengatakan bahawa dia tidak pernah mengikuti kelas atau pelajaran golf, berkata dia bersyukur kerana orang-orang yang di sekelilingnya dan untuk kesempatan hidup bagi Kristus.

"Aku benar-benar mempunyai pasukan yang bagus bersamaku yang menolong aku mencapai kejayaan," kata Watson."Bukan saja dalam golf, tetapi juga di luar padang golf, untuk menjadi terang bagi Yesus."



Watson langsung tidak dapat melihat green yang perlu dicapainya dari
kawasan pohon pine di mana dia perlu memukul bola golfnya, tetapi
dia berjaya membuat pukulan hook yang melencong cantik sampai
ke kawasan green mendekati lubang playoff sudden death,
membuka laluan Watson memenangi Masters 2012.


Lagenda golf, Jack Nicklaus menyifatkan pukulan Watson itu 
sebagai "setaraf pukulan-pukulan terhebat sepanjang masa"


(Dipetik dan diterjemah dari artikel Christian Post bertarikh 11 April 2012)