Jeremy Lin dan Tim Tebow telah terpilih dalam Senarai 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia Majalah Time 2012 |
Jeremy Lin dan Tim Tebow telah terpilih dalam Senarai 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia dalam Majalah Time 2012. Kedua-dua Lin dan Tebow adalah ahli sukan Kristian yang komited. Kisah kesaksian mereka telah dimuatkan dalam blog "domba2domba" pada bulan Februari lalu.
Pemain point guard New York Knicks, Jeremy Lin dan pemain quarterback New York Jets, Tim Tebow telah dipilih oleh Majalah Time sebagai dua daripada 100 Orang Paling Berpengaruh Di Dunia (2012).
(Empat lagi ahli sukan yang termasuk dalam senarai Time ialah: pemain tenis Novak Djokovic; pemain golf Yani Tseng; pemain bola sepak Lionel Messi; dan pelumba Afrika Selatan Oscar Pistorius).
Pasukan Jets telah membeli Tebow semasa musim rehat ini selepas bekas pemain quarterback Florida itu menggemparkan NFL (National Football League) dengan memimpin pasukan Broncos yang sedang terumbang-ambing ke pusingan kelayakan playoffs dan menang ke atas Steelers.
Tim Tebow berdoa sebelum permainan NFL |
Lin menulis petikan dalam majalah itu mengenai sebab Tebow telah disenaraikan.
"Menyaksikan Tim Tebow bermain football, kita boleh melihat banyak perkara mengenai keperibadiannya. Kita boleh melihat semangat juangnya yang kental, usaha dan kerja kuatnya, dan kepimpinannya yang diyakini dan dihormati oleh rakan-rakan sepasukannya."
"Tetapi ciri-ciri yang Tim, 24 tahun, pertunjukkan di luar padang permainan yang betul-betul membezakannya daripada yang lain. Dia tidak malu tentang kepercayaan dan imannya, dan dia selalu hidup dengan cara yang konsisten dengan nilai-nilai kehidupannya, hari demi hari. Melalui pertubuhan kebajikannya, dia sentiasa berusaha untuk menolong orang dan masyarakat yang memerlukan pengharapan. Dia menyedari akan berkat yang telah diterimanya dan mencuba untuk menolong mereka yang kurang bernasib baik. Sebagai ahli sukan, kita sentiasa mencurahkan hati untuk memenangi perlawanan. Tim adalah peringatan bahawa hidup itu memiliki makna yang jauh lebih daripada itu."
Jeremy Lin melonjak tinggi untuk membuat jaringan dalam perlawanan NBA |
Lin juga menjadi fenomena apabila graduan Harvard itu beralih dari pemain sampingan NBA dan pemain simpanan Knicks menjadi pemain utama dengan purata 14.6 mata jaringan dan 6.2 assist (membantu jaringan) setiap permainan, membantu mengubah nasib musim pasukan New York itu.
Setiausaha Pendidikan Amerika Syarikat, Arne Duncan menulis mengenai sebab Lin telah disenaraikan.
"Kisah Jeremy Lin ialah kisah yang hebat untuk kanak-kanak di mana-mana sebab ianya menerbalikkan banyak daripada prejudis (pandangan sepi) dan stereotaip (pandangan yang membatasi) yang menghalang kejayaan kanak-kanak. Dia telah meluputkan pandangan bahawa pemain guard warga Amerika dari keturunan Asia tidak boleh berjaya dalam NBA - dan meluputkan pandangan bahawa untuk menjadi seorang ahli sukan bertaraf dunia di gelanggang adalah bertentangan dengan menjadi seorang pelajar yang cemerlang di luar gelanggang."
"Bertentangan dengan apa yang anda mungkin baca, Jeremy, 23 tahun, bukanlah sensasi yang terjadi secara tiba-tiba. Sebenarnya, dia mencapai kejayaan dengan cara yang tradisi: Dia berusaha kuat. Dia bekerja kuat dan memelihara kerendahan hati. Dia hidup dengan cara yang betul; dia bermain dengan cara yang betul.
"Adalah hebat untuk melihat bahawa nilai-nilai yang baik mendapat ganjaran dalam sukan profesional sebab bukan selalunya berlaku begitu. Seringkali, yang menjadi tumpuan ialah kemewahan, kemashyuran dan individu itu yang dijulangkan - bukannya pasukan dan kerjasama untuk mencapai matlamat yang lebih besar dari seorang individu. Jeremy hanya pedulikan satu hal - untuk menang. Dan aku tidak mengira samada kita adalah warga Amerika keturunan Asia, bangsa kulit putih, hitam atau Hispanic, kisah Jeremy mengajar kita bahawa jika kita menunjukkan kesungguhan, displin dan kejujuran, kita juga akan memiliki kesempatan untuk mengatasi segala kesukaran."
(Diterjemah daripada artikel ESPN yang ditulis Mike Mazzeo, "Lin Named to Time's 100 Most Influential List" bertarikh 18 April 2012)
Baca juga kesaksian Kisah "Lin-spirasi" Kejayaan Jeremy Lin