Selasa, 1 Mei 2012

Kesembuhan Ajaib Mengilhamkan Lagu Kemenangan Anugerah Dove

Krissy Nordhoff telah menulis
lagu "Your Great Name" ini
dengan Michael Neale
"Your Great Name," lagu yang memuji kuasa penyembuhan Tuhan, memenangi Lagu Penyembahan Tahun Ini di Anugerah Tahunan GMA Dove yang ke-43. 

"Aku sangat terpegun dengan cara Tuhan mengambil lagu ini dan menghembuskan hidup dan kasih-Nya ke atasnya untuk mendorong orang-orang percaya dan memuliakan nama Yesus yang agung - Penyembuh. Penebus dan Raja kita," kata Krissy Nordhoff, yang menulis lagu itu dengan Michael Neale. "Adalah penghormatan besar bagiku menjadi sebahagian daripada penulisan lagu ini."

"Your Great Name" telah diilhamkan oleh kesaksian Krissy mengenai kesetiaan Tuhan dalam hidupnya sendiri. Sembilan tahu yang lalu, penyanyi dan penulis lagu itu, yang juga seorang isteri dan ibu telah disahkan mengidap penyakit Lyme peringkat yang lanjut disebabkan gigitan sejenis kutu. Selepas rawatan selama 18 bulan dengan sedikit sahaja perubahan, Krissy mengikuti satu kebaktian penyembuhan di gereja kakaknya, Resurrection Life, dekat Grand Rapids, Michigan.

"Aku merasa sentuhan Tuhan yang nyata ke atas tubuhku," Krissy menceritakan. "Dan aku tahu itu hanya setitis kuasa-Nya. Mulai saat itu itu, dalam masa dua bulan, Tuhan telah menyembuhkan aku dengan sepenuhnya!

Krissy Nordhoff dengan Michael Neale (kanan), penulis-penulis lagu
"Your Great Name" bersama presiden TwoNords Music, Eric Nordhoff
bergambar dengan Anugerah Dove (Worship Song of the Year)

Satu lagi peristiwa yang mengilhamkan lagu "Your Great Name" berlaku di gereja Krissy di Franklin, Tennessee, apabila panggilan untuk doa dikeluarkan untuk seorang bayi lelaki yang disahkan mengidap penyakit tenat yang tidak dapat diubati. Anak itu dijangka hanya dapat bertahan beberapa hari sahaja, dan anggota-anggota gerejapun berdoa dengan bersungguh-sungguh, namun begitu nyawanya tidak dapat diselamatkan.

"Aku masih ingat perasaan yang mendesak sewaktu aku mendengar berita itu," Krissy mengatakan. "Itu adalah satu loncatan iman untuk anggota-anggota gerejaku berdoa bagi anak kecil itu. Aku tidak mahu anggota-anggota itu berasa kecewa dari berdoa dan percaya akan kesembuhan Tuhan pada masa akan datang. Walaupun kami tidak melihat kesembuhan anak kecil itu, itu tidak mengubah kebenaran Firman Tuhan. Hal yang sama masih benar sejak lebih 2000 tahun yang lalu, bahawa Yesus bangkit dari maut, dan hidup hari ini, dan masih melakukan mukjizat. Dia tetap Juruselamat, Penebus dan Raja kita!"

Nordhoff mengatakan ketika dia menulis senikata untuk lagu ini - setiap satunya berakhir dengan "at the sound of Your Great Name" - dia ingin mengisytiharkan ini kepada gerejanya: Dengan iman dan doa dalam nama Yesus yang agung, ketakutan akan beredar, anak-anak akan dipelihara, orang yang sakit akan disembuhkan, orang yang mati akan dibangkitkan dan kita adalah pemenang sebagai anak-anak Allah. 


Membawa lagu itu kepada pastornya, Michael Neale yang memimpin bahagian penyembahan telah menghasilkan korus yang berkuasa, "Jesus, worthy is the Lamb, that was slain for us, Son of God and Man, You are high and lifted up and all the world will praise Your Great Name!"

Pada mulanya lagu itu telah direkod untuk album penyembahan gereja The People's Church berjudul "Shine Out," lagu itu seterusnya menjadi lagu kesukaan ramai Top 5 untuk Natalie Grant, dan kekal dalam senarai tertinggi radio Kristian Billboard untuk 47 minggu tahun lalu.

Anugerah Dove yang ke-43
"Natalie dan suaminya, penerbit Bernie Herms, telah mengangkat lagu ini ke tahap penerbitan dan kecintaan yang lebih tinggi dan telah membuatnya lebih istimewa lagi," kata suami Krissy, Eric, presiden TwoNords Music, syarikat penerbitan pasangan itu. "Lagu itu telah menjadi lagu penyembahan yang berkuasa di gereja hari ini - mendorong orang-orang percaya yang tidak terkira ramainya setiap Ahad, mengisytiharkan nama Yesus yang agung."

(Diterjemah daripada artikel Charisma News, "Miracle Healing Inspires Dove-Winning Song" bertarikh 25 April 2012)

Baca juga  Kesaksian Sidney Mohede: "Kisah Di Sebalik Lagu Hosanna"