Jumaat, 5 Ogos 2011

Kesaksian Sidney Mohede: "Kisah Di Sebalik Lagu Hosanna"




Untuk beberapa bulan ini, sebuah lagu yang sering berkumandang dalam hati kami dan sering dimainkan sementara kami bekerja di pejabat. Lagu itu ialah ‘Hosanna (Be Lifted Higher)’ yang terkandung dalam album terbaru Israel Houghton ‘Love God, Love People’.
Kami sangat suka lagu itu sehingga kami menemuramah pemimpin penyembahan dari Indonesia, Sidney Mohede (penulis lagu itu) untuk mengetahui lebih tentang lagu itu. Sidney Mohede memberitahu kami kisah di sebalik lagu, ‘Hosanna’ dan dari mana ilhamnya datang....
“Kami (team penyembahan kami, True Worshippers) sedang bersedia untuk recording live tahun 2009 untuk ‘God Is Our Victory’, dan aku tahu sepastinya bahawa kami masih kekurangan satu lagu lagi.  Dan ini adalah kisah sebenarnya. Lebih kurang 10 hari sebelum recording live itu, aku terbangun di waktu pagi dan ke kamar mandi. Isteriku telah membeli syampu jenama baru hari itu  dan sambil aku mencuci rambut, aku mendapat melodi ini dan beberapa senikata ringkas, ‘Hosanna in the highest, let our King be lifted up, hosanna…’ lalu aku terus mendapatkan tuala dan mengeringkan tanganku, mengambil telefon bimbitku yang sudah ada di kamar mandi dan menekan butang record pada perakam suara. Sekali aku telah merakamkan lagu itu, aku teruskan lagi mandi.

"Kemudiannya pada hari yang sama semasa latihan untuk recording live ‘God is Our Victory’, aku bersama teamku mendengar lagu baru ini dan sambil kami menyanyikan lagu ini berulang-ulang, kami tahu pasti  bahawa lagu ini lagu yang istimewa. Pada malam recording live itu, lebih kurang 5000 orang pun mengangkat tangan dan suara dengan satu hati menyanyikan ‘Hosanna’ dan korus itu menjadi tarikan utama recording itu. Jadi aku kira aku perlu berterima kasih kepada syampu jenama baru itu untuk sekilas ilham itu! Haha. Tapi sebenarnya, aku fikir aku bernasib baik kerana antennaku siap menerima isyarat pada waktu yang tepat dengan frekuensi yang tepat untuk menerima lagu itu dari Syurga. Segala sesuatu adalah daripada-Nya dan untuk-Nya."
Ada lagu-lagu yang hebat dan ada lagu-lagu yang istimewa… Lagu-lagu yang disambut baik dan tersebar ke serata dunia. Walaupun Sidney tahu bahawa lagu itu istimewa, dia tidak pernah akan menyangka kesan lagu itu di merata dunia.
“Hmmm, aku tahu dari permulaan bahawa ‘Hosanna’ adalah lagu yang istimewa. Tapi secara jujur, aku tidak sangka langsung bahawa lagu itu akan membawa kesan kepada ramai jiwa-jiwa di begitu banyak tempat di merata dunia. Iannya telah diterjemahkan dan dinyanyikan di India, Korea, Jepun, Belanda, Afrika Selatan, Amerika dan Australia dan banyak tempat lagi, dan hampir setiap minggu, aku mendapat emel atau tweet dari orang dari sekeliling dunia mengatakan bahawa mereka baru menyanyikan lagu itu di gereja pada hujung minggu yang lepas dan itu membuat aku sedar dan rendah hati. Lagu itu telah pergi ke tempat-tempat yang tak pernah kupergi.
"Apabila aku memimpin penyembahan di Deeper Conference (Houston, Texas) di bawah pelawaan Israel Houston pada 2009, aku mempekenalkan ‘Hosanna’ kepada khalayak umum  dan hadirat Tuhan pun terus menguasai tempat itu.” Kata Sidney.
Lagu 'Hosanna' terkandung dalam
Album 'Love God, Love People'
yang menang Anugerah GRAMMY 
“Selepas itu Israel meminta samada dia boleh merekod lagu itu untuk projek terbarunya. Semasa lawatannya ke Indonesia pada penghujung 2009, dia pun menuliskan bahagian kedua lagu itu. ‘Be lifted higher, Jesus You be lifted higher…’ dan seterusnya merekod lagu itu di Abbey Rd Studios pada January 2010 untuk albumnya ‘Love God, Love People.’ Pada Majlis Anugerah GRAMMY baru-baru ini, Israel memenangi anugerah Album Kristian Popular/Masa Kini Terbaik dan saya tersangat gembira kerana mengetahui bahawa ‘Hosanna’ terkandung dalam album kemenangan GRAMMY. Kebaikan Tuhan sungguh tidak terhingga."
Sangat menakjubkan bagaimana Tuhan membuka jalan untuk anak-anak-Nya. Dari ilham semasa mandi sehingga menjadi lagu dalam album yang memenangi anugerah GRAMMY.
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel M.E.X. Magazine berjudul "Sidney Mohede: The Interview" bertarikh 17 April 2011)