Sanya Richards-Ross |
Sanya sempat pulih kesihatan dan kecergasannya untuk menjadi pilihan utama dalam 400m wanita di Olimpik Beijing 2008. Dia hanya mendapat gangsa dalam acara individu itu tetapi berjaya memenangi acara 4 x 400m wanita bersama rakan-rakannya.
Selepas Beijing, Sanya berjaya menjadi Juara Dunia, memenangi emas dalam acara 400m di Kejohanan Dunia 2009 di Berlin. Sanya terus menyerlah dan merupakan wanita yang paling banyak kali mencatat masa di bawah 50 saat untuk acara 400 meter.
Pada awal April 2010, kecederaan demi kecederaan telah mengakibatkan Sanya terpaksa menarik diri dari perlumbaan sepanjang sebahagian besar musim 2010. Pada musim 2011, Sanya mula memulihkan kercergasan dan prestasinya, dengan pencapaian terbaik memenangi 400m di Grand Prix Aviva, London dengan masa yang baik 49.66 saat. Sanya kini kembali lagi sebagai pilihan utama dalam acara 400m wanita di Olimpik London 2012. Dapatkah dia menggenggam emas kali ini dalam acara kegemarannya?
Berikut temuramah dengan Sanya Richards-Ross, jaguh 400m wanita Amerika Syarikat, mengenai peranan iman dalam kehidupannya:
Terangkan dengan ringkas bila dan bagaimana anda menjadi seorang Kristian:
Aku menjadi seorang Kristian apabila aku berumur 12 tahun. Ketika itu aku sudah berpindah ke Florida dan mula selalu pergi ke gereja. Sebelum berpindah ke Amerika Syarikat, aku kurang terdedah kepada agama Kristian. Tetapi sebaik saja aku melibatkan diri, aku menyerahkan hidupku kepada Kristus.
Sanya Richards layak ke Olimpik London selepas memenangi 400m Kelayakan Pasukan Olimpik Amerika 2012 |
Aku pergi ke gereja pada setiap hari Ahad bila aku tidak dalam perjalanan atau pertandingan.
Adakah anda selalu membaca Alkitab?
Aku berusaha membaca Alkitab sebanyak yang mungkin. Baru-baru ini aku dengan adik perempuanku, kawan paling karibku dan sepupuku telah membuat komitmen untuk membaca dari mula hingga akhir seluruh Alkitab, dan kami cuba membaca bersama pada setiap Rabu.
Adakah anda mempunyai ayat Alkitab yang paling bermakna dalam hidupmu?
"Aku tahu bahawa bakatku adalah pemberian Tuhan kepadaku, dan bagaimana aku menggunakannya adalah pemberianku kepada-Nya" - Sanya Richards-Ross |
Imanku menjadikan aku sentiasa rendah hati. Orang selalu bertanya aku mengapa aku begitu bagus, dan walaupun aku cuba tidak melemaskan orang dengan imanku, aku selalu berfikir sendiri, mengapakah Tuhan begitu bagus. Imanku juga selalu mendorongku untuk memberikan yang terbaik. Aku tahu bahawa bakatku adalah pemberian Tuhan kepadaku, dan bagaimana aku menggunakannya adalah pemberianku kepada-Nya.
Adakah anda menghadapi cabaran yang besar kerana pendirianmu untuk Kristus?
Aku jarang dianiaya untuk imanku. Kebanyakan orang yang menjadi rakan pergaulanku adalah Kristian ataupun tahu tentang imanku yang kuat. Aku pernah ada pengalaman di mana aku perlu menjelaskan apakah ertinya menjadi seorang Kristian kepada kawan-kawan bukan Kristian, tetapi aku suka dengan kesempatan-kesempatan itu dan hanya berharap dapat menjadi teladan bagi mereka.
Siapakah penulis Kristian kegemaran anda?
Aku suka membaca dan menonton Joel Osteen. Bagiku, dia seorang yang hebat, dan teladan yang baik tentang kehidupan yang menurut Kristus. Dia juga seorang yang positif dan memberi inspirasi dan khutbahnya selalu tepat kepada kehidupan seharian kita.
Sanya Richards memenangi 4 x 400m wanita dengan rakan-rakannya Dari kiri: Mary Wineberg, Allyson Felix, Monique Henderson, Sanya Richards |
Aku suka Kirk Franklin dan Yolanda Adams. Aku suka Kirk Franklin sebab dia dapat mencipta muzik yang mengikut peredaran masa kini dan bermakna. Mesejnya menyayat hati dan bersesuaian dan aku sungguh-sungguh menikmatinya. Aku juga suka Yolanda Adams kerana suara syurgawinya dan muziknya yang memberi inspirasi. Dia banyak memperkatakan tentang mengharungi perjalanan dan mempercayai diri. Dia seorang artis yang hebat.
Siapakah wira imanmu secara peribadi?
Wira imanku secara peribadi ialah makcikku Maureen. Dialah yang sungguh-sungguh melibatkan aku dalam gereja dan melalui peredaran masa bertahun-tahun, dia telah menjadi teladan yang hebat bagaimana menjadi seorang wanita Kristian. Baru-baru ini dia kehilangan seorang anak lelaki, dan ketabahan yang ditunjukkannya hanya Tuhan yang boleh berikan. Dia seorang yang hebat dan wira yang sebenarnya.
Sanya dan suami, Aaron Ross pemain American Football |
Aku belajar bahawa Tuhan sentiasa tepat pada masanya! Kadang-kadang sesuatu berlaku yang kita tidak dapat mengerti, dan kita fikir bahawa Tuhan telah melupakan kita, tetapi itu tidak pernah benar. Kita mesti melalui musim-musim yang berbeza untuk benar-benar menghargai bahawa Tuhan sedang mengerjakan segala sesuatu untuk kita. Pada sementara waktunya, kita mesti mengucap syukur dalam segala sesuatu!
Adakah apa-apa mesej lain yang anda ingin sampaikan kepada para pembaca?
Teruskanlah percaya dan bersandar kepada Kristus. Dia tidak pernah meninggalkan ataupun membiarkan kita!
(Diterjemah daripada artikel About.com berjudul "Sanya Richards-Ross - 2012 Olympic Athlete Christian Faith Profile" penulisan Mary Fairchild)
Laporan Terbaru (5 Ogos 2012) - Sanya Richards Menang 400m Wanita Olimpik Di London
Sanya Richards berjaya memenangi 400m wanita di Olimpik London apabila mencapai garis akhir dengan masa 49.55 saat, menewaskan Christine Ohuruogu dari Britain (49.70 saat) di tempat kedua dan DeeDee Trotter, rakan senegaranya Amerika (49.72 saat) di tempat ketiga.
Sanya membuat larian penyudah yang kencang pada 50m yang terakhir untuk mengatasi DeeDee Trotter yang sedang mendahului ketika itu untuk menjadi juara baru 400m wanita Olimpik. Kemenangan yang sangat bermakna bagi Sanya yang telah bergumul selama lima tahun dengan penyakit yang sebelumnya dikenalpasti oleh doktor sebagai penyakit Behcet. Ketabahan dan kegigihan telah membawa kejayaan kepadanya. Tahniah Sanya!
(Diterjemah daripada artikel About.com berjudul "Sanya Richards-Ross - 2012 Olympic Athlete Christian Faith Profile" penulisan Mary Fairchild)
***********************************
Laporan Terbaru (5 Ogos 2012) - Sanya Richards Menang 400m Wanita Olimpik Di London
Sanya Richards berjaya memenangi 400m wanita di Olimpik London apabila mencapai garis akhir dengan masa 49.55 saat, menewaskan Christine Ohuruogu dari Britain (49.70 saat) di tempat kedua dan DeeDee Trotter, rakan senegaranya Amerika (49.72 saat) di tempat ketiga.
Sanya membuat larian penyudah yang kencang pada 50m yang terakhir untuk mengatasi DeeDee Trotter yang sedang mendahului ketika itu untuk menjadi juara baru 400m wanita Olimpik. Kemenangan yang sangat bermakna bagi Sanya yang telah bergumul selama lima tahun dengan penyakit yang sebelumnya dikenalpasti oleh doktor sebagai penyakit Behcet. Ketabahan dan kegigihan telah membawa kejayaan kepadanya. Tahniah Sanya!
Sanya memenangi 400m wanita di Olimpik London (5 Ogos 2012) |