Rabu, 8 Ogos 2012

Gabby Douglas Juara Gimnastik Olimpik Menghantar Tweet Ayat Alkitab

Gabby Douglas menunjukkan emas acara
individu all-alround (acara keseluruhan)
yang dimenanginya (2 Ogos 2012)
Gabby Douglas telah muncul sebagai bintang baru gimnastik wanita Amerika Syarikat apabila dia memenangi dua pingat emas, satu untuk acara berpasukan gimnastik bersama empat rakan sepasukannya dan satu emas lagi untuk acara individu all-around (acara keseluruhan) dalam gimnastik wanita di Olimpik London beberapa hari lalu. Persembahannya yang bergaya dan mantap telah menarik perhatian para peminat sukan Olimpik London 2012.

Gabby Douglas, wajah baru gimnastik wanita, mungkin sedang menerima mesej tweet dari senarai selebriti ternama merangkumi dari Oprah ke Justin Bieber (dan jaguh Olimpik terhebat sepanjang waktu Michael Phelps, yang telah mengatakan bahawa dia telah menonton persembahan Gabby dari kolam renang), tetapi sebelum datangnya tweet daripada senarai ternama Hollywood, ialah mesej tweet tentang ayat Alkitab dan pengakuan iman.


Gabby Douglas di Olimpik London 
Ayat terbaru dari Alkitab yang dihantar melalui tweet oleh Gabby berlaku pada hari Jumaat, sehari selepas kemenangan Olimpiknya yang bersejarah, menjadikannya warga Amerika keturunan Afrika dan orang bukan berkulit putih yang pertama untuk memenangi all-around (acara keseluruhan) gimnastik wanita. Dia menghantar tweet dari Roma 12:19: "Saudara-saudaraku yang kekasih, janganlah kamu sendiri menuntut pembalasan, tetapi berilah tempat kepada murka Allah, sebab ada tertulis: Pembalasan itu adalah hak-Ku. Akulah yang akan menuntut pembalasan, firman Tuhan."

Mesej tweet yang diilhamkan oleh Alkitab itu datang sehari selepas dia berterima kasih kepada Tuhan di hadapan jutaan penonton pada hari Khamis (2 Ogos) untuk pingat emas keduanya semasa temuramah dengan NBC: "Dan aku memberi segala kemuliaan kepada Tuhan. Ianya seperti keadaan serba menang. Kemuliaan dinaikkan kepada-Nya dan berkatnya diturunkan ke atasku," katanya.

Gaya persembahan yang menarik daripada Gabby Douglas

Douglas, 16 tahun, berasal daripada keluarga Kristian yang komited. Nama penuh remaja periang ketinggian 4' 11" ini yang digelar "Flying Squirrel" (Si Tupai Terbang) untuk loncatannya dalam acara uneven bars, ialah Gabrielle Victoria Douglas. "Namanya bererti 'Yang berkemampuan daripada Allah.' Seperti yang kita dapat lihat, dia telah melakukan seperti namanya," emaknya Natalie Hawkins menerangkan kepada Los Angeles Times pada Jun lalu. 

Gabby Douglas beraksi dalam acara uneven bars

Dan dia memang seorang yang berkemampuan daipada Allah. Dia adalah peserta bukan pilihan dalam acara individu all-around (acara keseluruhan) gimnastik wanita, dan disangka tidak dapat melayakkan diri. Tetapi dia mencatat mata lebih tinggi daripada Juara Dunia dan rakan senegaranya dari Amerika Syarikat, Jordyn Wieber untuk melayakkan diri untuk bertanding. Seterusnya dia lebih cemerlang daripada rakan sepasukannya Aly Reisman, yang menduduki tempat keempat dalam all-around (acara keseluruhan) wanita. Victoria Komova dari Rusia mendapat perak dan rakan senegaranya Aliya Mustafina mendapat gangsa.

Pemenang emas acara individu all-around wanita, Gabby Douglas
dengan Aliya Mustafina (kiri) dan Victoria Komova (kanan)

Di tengah tekanan dan perhatian yang mendesak, Douglas telah bersandar pada Firman dan iman Kristiannya untuk mengekalkan fokusnya. Pada hari Jumaat, dia menghantar tweet, "Terima kasih untuk segalanya! Saya SUNGGUH bersyukur kepada Tuhan yang telah benar-benar memberkatiku! Ingat untuk SELALU memberikan kemuliaan kepada-Nya kerana Dia HEBAT!"

Dan sehari sebelum pasukan Amerika Syarikat memenangi emas (untuk acara pasukan), Gabby telah menghantar tweet pada 30 Julai: "Aku percaya kepada Tuhan. Dialah rahsia kejayaanku. Dia yang memberikan bakat kepada manusia." Dan pada 28 Julai, dia menghantar melalui tweet suatu ayat dari Yosua 1:9: "Bukankah telah Kuperintahkan kepadamu: kuatkan dan teguhkanlah hatimu? Janganlah kecut dan tawar hati, sebab Tuhan, Allahmu, menyertai engkau, ke manapun engkau pergi."

Gabby Douglas dan jurulatihnya,
Liang Chow melambai kepada
para penonton di stadium
Penyanyi rap Kristian Lecrae - yang kebetulan merupakan salah satu artis muzik kegemaran seorang atlit Kristian yang lain, Jeremy Lin - telah menghantar tweet kepada Gabby pada 2 Ogos: "@gabrielledoug tahniah. Gembira mendengar anda merenung Firman aku tahu betapa keadaan di Perkampungan (Olimpik) boleh mengganggu fikiran."

Artis album muzik Kristian Natalie Grant juga menghantar mesej yang mendorong kepada Gabby melalui tweet pada penghujung Julai. 

Gambar Gabby telah dijadualkan menghiasi kotak bijirin sarapan Corn Flakes dan dia diberikan banyak tawaran iklan penajaan, kemunculan di TV dan temuramah majalah selepas kemenangan Olimpiknya.

(Diterjemah daripada artikel Christian Post bertarikh 5 Ogos 2012 penulisan Jennifer Reily bertajuk "Gabby Douglas Tweets Bible Verses")