Michael W. Smith, penulis dan penyanyi lagu Kristian terkemuka |
Walaupun dia kini sudah menjadi salah satu seniman muzik Kristian yang paling dikenali dan dihormati - dengan 44 Anugerah Dove, tiga Anugerah Grammy dan lebih 15 juta jumlah jualan - hidupnya bukan selalu selancar ini.
Kesaksian Peribadi
Dalam kesaksian peribadi yang disampaikan dalam laman web IAmSecond.com, penduduk asal West Virginia itu mengingat kembali tiga tahun dalam hidupnya sewaktu dia terjebak dalam gejala dadah.
Dalam kesaksian peribadi yang disampaikan dalam laman web IAmSecond.com, penduduk asal West Virginia itu mengingat kembali tiga tahun dalam hidupnya sewaktu dia terjebak dalam gejala dadah.
"Aku mula terpedaya dengan memikirkan aku boleh bermain api dan tidak akan apa-apa," katanya dalam kesaksian yang terus-terang melalui video. "Aku langsung tidak menyangka aku akan memasuki gaung yang paling dalam dan merasakan bahawa tidak ada jalan keluar."
"Menghisap dadah pertama kali itu dan merasa sungguh bersalah kerananya...," katanya mengingat kembali penggunaan kokain dan LSD olehnya. "Aku terjebak dalam benda itu dan cuba memberi alasan kepada diri sendiri."
Berpindah ke Nashville
Pada waktu itu, Smith baru sahaja berpindah ke Nashville selepas berhenti dari kolej untuk mengejar karir dalam muzik. Dia mempunyai kerinduan menyembah Tuhan melalui muzik dan telah merasakan panggilan Tuhan atas hidupnya pada umur 15 tahun.

Dia mengingat kembali waktu kecilnya sebagai "suatu waktu yang indah dalam hidupnya" apabila hatinya benar-benar merindukan Tuhan dan satu-satunya perkara yang dia ingin lakukan ialah memetik gitar dan menyanyikan lagu pujian.
"Tuhan mempunyai panggilan ke atas hidupku dan muzik seharusnya sebahagian daripada panggilan itu," katanya.
Michael W. Smith sewaktu muda |
"Ianya hampir seperti jarum kompasmu seakan-akan ... lenyap," jelasnya, "dan anda memasuki dunia lain yang satu lagi dan anda tidak benar-benar sedar apa yang sedang berlaku dan tiba-tiba ianya sudah terlambat."
"Aku tahu aku tidak harus berada dalam keadaan itu. Tetapi aku tidak dapat keluar daripada kekusutan yang aku alami," kata seniman yang kini berusia 53 tahun itu.
Meneriak Memanggil Tuhan
Meneriak Memanggil Tuhan
Selepas suatu pengalaman hampir maut, Smith sambil terlantar di lantai dapurnya meneriak meminta tolong kepada Tuhan. Dia mulai menangis tidak terhenti-henti. Waktu itu November 1979.
Michael W. Smith - "Semuanya sudah berubah" |
Dalam masa satu tahun, Smith mendapat kerja sebagai penulis lagu dan tidak lama kemudian menandatangi kontrak untuk merakam lagu.
Memberikan segala penghargaan kepada Tuhan untuk karirnya yang sungguh berjaya, dia mengatakan, "Aku tidak akan dapat merencanakan semua ini. Tuhan baik."
Damai Sejati
Damai dan pengharapan, katanya, tidak terdiri dari penjualan jutaan rekod atau menjadi bintang rock.
Damai dan pengharapan, katanya, tidak terdiri dari penjualan jutaan rekod atau menjadi bintang rock.
Michael W. Smith - "I Am Second" |
I Am Second ialah satu gerakan yang telah dimulakan pada 2008 di mana para selebriti menceritakan pergumulan peribadi mereka dan bagaimana mereka telah mengatasi pergumulan-pergumulan itu melalui mengenali identiti mereka dalam Kristus. Setiap selebriti yang dikemukakan memberi kesaksian bahawa Tuhanlah nombor satu dan mereka nombor dua.
(Diterjemah daripada artikel Christian Post berjudul "Michael W. Smith Recalls Drug Addiction, Boasts of Identity in Christ" bertarikh 12 Disember 2010 penulisan Audrey Barrick)
(Diterjemah daripada artikel Christian Post berjudul "Michael W. Smith Recalls Drug Addiction, Boasts of Identity in Christ" bertarikh 12 Disember 2010 penulisan Audrey Barrick)