Deborah Ahenkorah - pengasas Hadiah Sastera Golden Baobab, Afrika |
"Aku suka bercerita," begitu kata siswazah tahun 2010, Deborah Ahenkorah.
Dan sebagai pengasas dan pengarah eksekutif Golden Baobab, pertubuhan yang menganugerahkan tiga hadiah tahunan kepada pengarang-pengarang dan pelukis-pelukis ilustrasi terbaik di benua Afrika, dia memiliki kisah yang menarik...
Deborah telah diajar dari kecil bahawa jika dia bekerja cukup kuat untuk sesuatu, dia akan mendapatkannya, oleh itu dia tidak dapat mengerti bagaimana setelah dia telah berusaha begitu kuat dan merasakan pimpinan Tuhan begitu kuat, permohonannya untuk anugerah itu masih ditolak. "Aku tidak tahu apa lagi untuk katakan kepada Tuhan untuk beberapa ketika; Aku membuat kesimpulan bahawa suara yang kufikir adalah dari Tuhan sebenarnya bukan dari-Nya."
Dengan hari penyampaian ijazah semakin hampir, dia mula menghantar permohonan untuk kerja, tetapi tidak seorangpun yang memanggilnya. Dia juga terus memohon untuk anugerah yang lain. Pada akhirnya, dia telah menerima tiga anugerah untuk Golden Baobab, yang bila dijumlahkan adalah sama besar jumlah wangnya dengan anugerah pertama yang dipohonnya. Dan keadaan tiga anugerah itu membenarkannya kembali ke Ghana selepas penerimaan ijazah, yang mana tidak mungkin berlaku sekiranya dia telah mendapat anugerah yang pertama.
"Ianya suatu perjalanan iman yang menarik," ingatnya. "Imanku mendapat pukulan yang hebat, dan di luar dugaan datang jawapan yang lebih baik daripada sebelumnya. Aku gembira... tetapi tidak mudah untukku kembali kepada kepercayaan penuh dalam kekuasaan Tuhan."
Dengan imannya yang masih sedikit goyah, dia kembali ke Ghana untuk mempelajari lebih mengenai industri sastera kanak-kanak di situ dan untuk terus mencari dana bagi Golden Baobab. Dia mendapat tahu mengenai satu anugerah yang besar - tiga hari sebelum tarikh tutupnya.
"Aku memohon untuk menghormati kawanku (yang memberitahuku mengenainya)," katanya. Tetapi dia merasakan seperti suatu jenaka biarpun untuk mememohon, sebab dia akan bersaing dengan orang-orang yang telah menghabiskan berbulan-bulan menyediakan permohonan mereka. "Aku menghantarkannya dan langsung tidak memikirkannya. Tak mungkin aku boleh memperolehnya."
Setelah setiap pusingan penapisan - dari 3000 pemohon ke 200 ke 22 - dia masih dalam saingan di sebalik kurang percayanya dan kurang persiapannya secara bandingan. Harapan tetapi juga rasa takut dihampakan saling berganti dalam dirinya.
"Berada dalam senarai 20 teratas adalah tamparan kepada ketidakpercayaanku," katanya. "Aku tidak tahu apa nak dilakukan. Aku tidak dapat balik kepada tidak percaya sebab (untuk mencapai hingga ke tahap ini) sepastinya bukanlah aku. Aku bersaing dengan peguam-peguam dan graduan-graduan perniagaan - orang-orang yang terhebat."
Panggilan telefon yang memgumumkan kepadanya bahawa dia adalah pemenang anugerah itu adalah sebab untuk bersukacita, tetapi katanya "itu membuatkanku lebih keliru lagi. Aku tidak cukup percaya dan bukanlah kebolehanku (yang memenangkanku anugerah itu). Ianya semata-mata kasih karunia. Dan aku tidak tahu bagaimana untuk menanggap kasih karunia."
Mengubah Wajah Kesusasteraan Afrika
Kini, beberapa tahun dalam hayat Golden Baobab, Deborah masih melihat kasih karunia bekerja, menyediakan apa yang dia perlukan untuk bertahan dan mengatasi halangan. Dua belas Hadiah Golden Baobab telah dianugerahkan sejak 2009 untuk cerita terbaik dalam tiga kategori: cerita terbaik untuk usia 8-11 tahun (Kategori Junior), cerita terbaik untuk usia 12-15 (Kategori Senior) dan Penulis Sedang Meningkat (penulis yang berumur 18 tahun dan ke bawah).
Cerita-cerita yang telah dikemukakan adalah dari pelbagai genre dari fiksyen sains Afrika ke penceritaan semula cerita-cerita tradisi Afrika. Para pemenang akan dihubungkan dengan wakil-wakil penulisan dan penerbit-penerbit yang boleh membantu menerbitkan cerita-cerita mereka.
Walaupun kerjanya berat dan hari-hari berpanjangan, Deborah sangat gembira dia dapat membantu para karyawan - penulis dan pelukis ilustrasi - melihat impian mereka untuk karya-karya mereka diterbitkan menjadi kenyataan. Dan dia gembira kanak-kanak di seluruh Afrika dapat mengalami kekuatan dan keindahan kisah-kisah yang diceritakan dari latarbelakang mereka sendiri.
"Buku-buku memberi anda kuasa untuk merasakan begitu banyak hal dari imaginasimu sendiri... dan menjadi pengarah apa yang berlaku dalam fikiranmu sendiri," katanya. "Begitu ramai kanak-kanak di Afrika... tidak pernah memiliki pilihan. Tetapi di dalam buku, mereka boleh; mereka boleh menghantar diri mereka ke manapun mereka suka berdasarkan buku yang mereka pilih. ... Itu adalah sangat istimewa."
Deborah masih mengingati pelajaran-pelajaran iman yang dia telah perolehi pada awal kewujudan Golden Baobab. "Aku telah menyumbang banyak kepada ini," katanya, "tetapi aku sedar bahawa bahagian besar dari semua ini boleh saja lenyap. ... Pada asasnya, aku tidak punya kawalan atasnya, aku perlu bekerja dalam iman setiap hari... dengan percaya bahawa Tuhan berkuasa atas segalanya, dan bahawa Dia akan menjadikan semuanya lancar mengikut kehendak dan kasih karunia-Nya."
Untuk pencinta cerita ini, kisah itu - kisah yang berterusan mengenai iman dan kasih karunia yang sedang dituliskan oleh Tuhan dalam hidupnya, dari buku kanak-kanak ke InterVarsity ke membantu orang-orang lain mencapai impian mereka melalui Golden Baobab - mungkin saja akan mejadi kisah yang paling digemarinya.
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk "Young College Grad Changes Africa One Story at a Time" penulisan Lisa Rieck bertarikh 19 Mei 2013)