Jumaat, 6 September 2013

Sejarah Ringkas Pengunaan Kalimah Allah Oleh Umat Kristian (Bahagian Kedua)

Injil Matius terjemahan A.C, Ruyl


Ketua-Ketua Gereja-Gereja Malaysia telah bertemu di Kuala Lumpur (1985) dan kemudian di Kuching (1989) dan membuat keputusan sebulat suara untuk mengekalkan nama "Allah" dan Lembaga Alkitab Malaysia menghormati keputusan ini apabila ianya menerbitkan Alkitab Berita Baik (1996), Alkitab Bahasa Melayu yang telah disemak semula.
.
Rujuk Deklarasi Kuching yang bertajuk "Satu Peneguhan kepada Gereja-Gereja di Malaysia" (September 1989) yang kemudiannya disemak semula dan dikeluarkan lagi sebagai "Satu Deklarasi Kepada Gereja-Gereja di Malaysia" (30 Januari 2008).

Surat pekeliling kepada semua penerbit Kristian daripada bahagian pengawalan penerbitan Kementrian Dalam Negeri menyatakan 4 perkataan yang tidak dibenarkan penggunaannya dalam penerbitan Kristian: Allah, Kaabah, Baitullah, Solat. Tujuan larangan ini adalah untuk menjaga ketenteraman awam dan untuk mengelakkan sebarang salah faham antara orang-orang Muslim dan Kristian.

Enakmen Selangor 1988 atau Enakmen Agama Bukan Islam (Pengawalan Pengembangan Agama di kalangan Muslim) menyenaraikan 25 perkataan yang dilarang penggunaannya berkaitan agama bukan Islam. Di antara perkataannya ialah: Allah, Firman Allah, Ibadah, Kaabah, Wahyu, Mubaligh, Rasul, Iman, Solat, Imam dan Nabi.

Negeri-negeri lain yang mempunyai enakmen yang serupa ialah: Trengganu (1980), Kelantan, Perlis, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam 1992 - Fatwa Sabah melarang penggunaan 32 perkataan oleh orang bukan Muslim dalam pengajaran mereka atau dalam pengembangan ajaran mereka. Di antara perkataannya ialah: Allah, Firman Allah, Ibadah, Wahyu, Mubaligh, Iman, Rasul, Solat, Imam, Nabi, dan Injil.

Surat pertama KDN kepada majalah Katolik "Herald" - suatu teguran - untuk tidak menggunakan perkataan ALLAH.

Surat kedua kepada Herald - surat tunjuk sebab - yang perlu dijawab dalam 14 hari. Kemudiannya melalui rayuan dan pertemuan wakil dengan Kabinet, Herald telah diberi kebenaran untuk menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.

Surat daripada Kementrian Keselamatan Dalam Negeri membenarkan penerbitan Kristian diedarkan dengan syarat bahawa muka depannya ada tanda "Salib" dan perkataan "Penerbitan Kristian." Dinyatakan bahawa tujuan syarat-syarat itu ialah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang Muslim di Malaysia.

Surat daripada Kementrian Keselamatan Dalam Negeri membenarkan penerbitan Alkitab edisi Bahasa Melayu di Malaysia dengan syarat ianya dicop dengan lambang "Salib" dan dengan perkataan "Untuk Penganut Beragama Kristian" dan Alkitab BM itu hanya dibenarkan dijual dalam bangunan atau kedai Kristian. Dinyatakan bahawa tujuan keputusan itu ialah untuk mengelakkan kekeliruan di kalangan orang Muslim di Malaysia. Surat bertarikh 11 Mei 2006.

Surat-surat Kementrian Dalam Negeri kepada Herald:
Surat ketiga - surat teguran
Surat keempat - surat amaran (Januari 2006)
Surat kelima - surat amaran lagi (Februari 2006)

Menteri Dalam Negeri memaklumkan majalah mingguan Katolik "Herald" bahawa ianya tidak boleh penggunaan perkataan "Allah" sebagai syarat untuk memperbaharui lesen penerbitan mereka. Herald mengambil keputusan mencari penyelesaian melalui mahkamah terhadap kuasa Menteri Dalam Negeri meletakkan syarat tentang penggunaan perkataan "Allah".

Surat keenam kepada Herald - surat tunjuk sebab.

Herald menfailkan a Writ of Summons and A Statement of Claim pada 5 Disember 2007.

Satu Permohonan untuk Penilaian Perundangan untuk perkara yang telah disebut di atas.

Pegawai-pegawai Kastam dan pegawai-pegawai Kementrian Dalam Negeri menahan Alkitab di pelabuhan dan merampas penerbitan-penerbitan, buku-buku Sekolah Minggu kanak-kanak dan CD-CD daripada pemilik-pemilik. Berikutan itu Sidang Injil Borneo (pada Disember 2007) dan Jill Ireland binti Lawrence Bill (pada Julai 2008) memulakan permohonan penilaian perundangan terhadap kuasa Menteri Dalam Negeri.

Suatu Permohonan Penilaian Perundangan mengenai syarat permit Herald 2009 telah difailkan.


Akta Keselamatan Dalam Negeri (1960) (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009. Bertarikh 16 Februari 2009.


Herald memenangi kes terhadap kuasa Menteri Dalam Negeri untuk megenakan syarat pada penggunaan perkataan "Allah" dalam penerbitan Herald. Keputusan hakim dijatuhkan pada 31 Disember 2009. Kerajaan akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi.


(Berdasarkan Lembaran Fakta Persekutuan Kristian Malaysia)


Mukasurat    < Sebelum     1    |      2