--------------------------------------------------------------------------------------- (Keratan Kenyataan Akhbar Persatuan Gereja-Gereja Sarawak) |
(Berikut ini ialah terjemahan Kenyataan Akhbar oleh Persatuan Gereja-Gereja Sarawak bertarikh 10 Oktober 2013 mengenai isu penggunaan kata "Allah" oleh orang-orang Kristian di Malaysia. Majlis Gereja-Gereja Sabah juga mengeluarkan kenyataan yang serupa pada hari yang sama);
Salam dalam nama Tuhan dan Penyelamat kita yang mulia, Yesus Kristus.
Dalam
kita menyeberang dari Tahun Jubli Malaysia kepada 50 tahun yang akan datang,
kami mengesahkan semula asas pembentukan negara kita yang tercinta ini. Kami
akan berusaha bersama-sama dengan semua rakyat Malaysia dan kerajaan, baik di
peringkat persekutuan dan negeri untuk bekerja membangun negara ini yang telah
diberikan Tuhan.
Lima
puluh tahun yang lalu, pada Hari Malaysia, sebuah negara Malaysia yang agung
telah ditubuhkan hasil perkongsian Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura. Salah
satu asas untuk gabungan entiti-entiti negeri ini berkenaan persetujuan
mengenai peranan agama dan kebebasan beragama. Ia adalah satu tragedi yang
besar bagi Malaysia kerana asas tunggak pembangunan negara ini sedang
beransur-ansur dilemahkan dan terhakis.
Sesungguhnya kami mesti mengatakan dengan penuh serius bahawa 50 tahun Malaysia
yang akan datang mesti bermula dengan pembinaan semula negara di mana blok pembangunan
asas negara ini disusun semula dengan sewajarnya di tengah-tengah kehidupan
negara dan masyarakat kita.
Kami
ingin ulang bahawa Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk membentuk Malaysia
pada tahun 1963 dengan Islam sebagai agama persekutuan dengan syarat nyata
bahawa akan ada kebebasan beragama penuh tanpa sebarang halangan diletakkan di
atas agama-agama lain. Ini boleh
dijumpai dalam semua dokumen perlembagaan yang merekodkan kebimbangan,
perbincangan, jaminan dan perjanjian yang akhirnya membawa kepada pelaksanaan
penuh Perjanjian Malaysia. Oleh itu, Kertas Kerajaan "Malaysia dan
Sarawak" yang diterbitkan oleh Pihak Berkuasa Kerajaan Sarawak bertarikh 4
Jan 1962 (juga dinyatakan dalam Kertas North Borneo yang sepadan) menyatakan
tanpa ragu-ragu yang berikut:
"Orang ramai tertanya-tanya sama ada
hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu akan
menjejaskan kebebasan beragama di Sarawak sebagai sebahagian daripada Malaysia.
Ini telah dijelaskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan baru-baru ini.
Walaupun Malaysia akan mempunyai Islam sebagai agama rasmi Persekutuan yang
telah diperbesarkan tidak akan ada halangan diletakkan di atas amalan
agama-agama lain. Kebebasan beragama penuh akan dijamin dalam Perlembagaan
Persekutuan. Sarawak pada masa ini tidak mempunyai agama tertubuh dan ia tidak
akan diperlukan untuk menerima Islam sebagai agama Negeri ... "
Kami
mengakui dan akan terus mendukung Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang
memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan. Ia telah dicatatkan dengan
berhati-hati pada dokumen-dokumen perlembagaan bahawa peruntukan ini menjadikan
Islam agama bagi Persekutuan bagi maksud rasmi dan tidak akan membelenggu
kebebasan agama penganut agama lain. Oleh itu Perkara 3 menyatakan dengan jelas
dalam nafas yang sama bahawa semua orang bebas untuk mengamalkan agama mereka
dengan aman dan damai di mana-mana bahagian negara ini.
Oleh
itu, kami dapati kami langsung tidak boleh menerima bahawa apa yang telah
menjadi amalan biasa Gereja di Sabah dan Sarawak selama beratus-ratus tahun dan
sememangnya untuk generasi-generasi Kristian yang sudah ada sebelum idea
Malaysia diilhamkan kini diharamkan oleh perintah pentadbiran dan
undang-undang. Apa yang kami anggap sebagai pelanggaran paling serius kepada tiang
asas berkaitan dengan agama dan kebebasan beragama ialah serangan tidak
henti-henti ke atas hak orang Kristian Bumiputera berbahasa Malaysia untuk menggunakan
Alkitab dan perkataan "Allah" dan juga atas orang Kristian berbahasa Iban
untuk merujuk kepada Allah Pencipta. Dalam hal ini, kami dipaksa untuk
mengulangi dan menegaskan:
(a)
bahawa perkataan "Allah" adalah sebahagian daripada, dan yang wujud
dalam amalan iman Kristian oleh gereja-gereja berbahasa Malaysia di Sabah dan
Sarawak dan orang Kristian di dalam dan dari kedua-dua negeri ini;
(b)
bahawa gereja-gereja ini mengharapkan supaya jaminan kebebasan beragama yang
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan apabila Sabah dan Sarawak menyertai
Malaya untuk membentuk Malaysia akan dihormati dan diberi penghormatan penuh
dan
(c)
bahawa Perjanjian 10 Perkara oleh Kabinet Persekutuan tentang percetakan,
pengimportan dan pengedaran Alkitab di mana perkataan "Allah" adalah
sebahagian daripada Kitab Suci Bahasa Malaysia dan juga amalan agama Kristian
di gereja-gereja berbahasa Malaysia berlandaskan Alkitab akan dihormati
sepenuhnya.
Dua
pertiga daripada Gereja di Malaysia terdiri daripada 1.6 juta orang Kristian
Bumiputera Sabah
dan Sarawak yang menggunakan bahasa Bahasa Malaysia dalam ibadah mereka di
samping bahasa
ibunda mereka. Dengan hormat paling tinggi kepada pihak berkuasa yang terlibat,
sama ada perundangan, eksekutif atau kehakiman, kami meminta ketaksuban agama, rasisme
dan ekstremisme tidak diteruskan atau dibenarkan bernanah dan meracuni negara
kita Malaysia. Khususnya berhubung dengan penggunaan perkataan
"Allah", mengharamkan penggunaan perkataan "Allah" akan mengubah
Bumiputera asli Sabah dan Sarawak menjadi pelanggar undang-undang Negara dengan
serta-merta di tanah di mana mereka adalah peribumi asal tanah itu. Ini adalah
satu penghinaan, langsung tidak boleh
diterima dan adalah satu pengkhianatan terang-terangan atas Perjanjian Malaysia
yang menjamin hak orang bukan Islam di Sarawak dan Sabah untuk menikmati kebebasan
beragama. Gereja Bumiputera akan terus menggunakan Alkitab Bahasa Malaysia
bersama dengan perkataan “Allah”, kedua-duanya adalah dasar asas semua aspek
pengakuan dan amalan iman Kristian.
Tahun
ini kita menyambut tahun kelima puluh pembentukan Malaysia. Pada ambang 50
tahun yang akan datang dalam kehidupan negara ini, kami akan terus berusaha dan
maju sebagai negara pelangi dengan banyak bahasa, etnik dan kepercayaan. Kami
akan berbuat demikian bersama-sama sebagai sebuah negara yang bekerja
bersama-sama pada landasan yang sama yang dibangunkan atas 5 prinsip Rukun
Negara. Dalam komitmen kami kepada "Kepercayaan kepada Tuhan", marilah
ada penerimaan dan penghormatan bersama kepada amalan, kepercayaan, ajaran dan doktrin
agama masing-masing. Dalam komitmen kami kepada prinsip berkembar
"Kedaulatan Undang-Undang" dan "Keluhuran Perlembagaan",
marilah semua rakyat Malaysia dan pentadbir setiap institusi memahami, mematuhi
dan mengamalkan dengan integriti maksud sebenar dan niat peruntukan asas
Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi Persekutuan.
Marilah
kita bersama-sama berusaha untuk membina negara tercinta ini untuk kebaikan
semua orang supaya semua boleh menikmati hasil kemakmuran dan kebaikan di muka
bumi ini yang Allah Maha Kuasa telah berikan kepada kita.
Semoga
Allah Maha Kuasa memberkati kita Malaysia dan menjaga
kita sebagai sebuah negara, semoga
wajah-Nya bersinar ke atas kita dan memberikan kita kedamaian.
Tuhan
berkati Malaysia!
(Tandatangan Most Reverend Datuk Bolly Lapok
di penghujung kenyataan akhbar 10 Okt 2013)
Klik di sini - Kenyataan akhbar asal dalam Bahasa Inggeris |