Khamis, 2 Januari 2014

Jais Serbu Bible Society of Malaysia, 300 Alkitab Bahasa Malaysia Dirampas

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah melakukan serbuan di Bible Society of Malaysia pada pukul 2 petang hari ini. Sumber mengatakan bahawa pengerusi Lee Min Choon dan setiausaha agung Simon Wong telah diarahkan mengikut pegawai-pegawai Jais ke balai polis Damansara Utama.

Jurucakap untuk Persatuan Alkitab itu mengatakan bahawa pegawai-pegawai Jais telah muncul tiba-tiba tanpa sebarang amaran. Mereka telah merampas lebih 300 naskah Alkitab dan 10 naskah Bup Kudus.

Pada minggu lepas, pengarah baru Jais, Ahmad Zaharin Mohd Saad bahawa jabatannya akan mengeluarkan surat kepada semua gereja di Selangor untuk memperingati mereka untuk patuh kepada enakmen negeri 1988 yang melarang orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan "Allah".

Enakmen Hubungan Bukan Islam Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Di Kalangan Orang-Orang Islam) 1988, yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Barisan Nasional ketika itu, melarang bukan Islam di Selangor daripada menggunakan 35 perkataan dan frasa Arab dalam kepercayaan mereka, termasuk "Allah", "Nabi", "Injil" dan "Insya'Allah".

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Selangor Religious Authorities Raid Bible Society of Malaysia, 300 Copies Alkitab Seized" penulisan Jennifer Gomez bertarikh 2 Januari 2014)