Rabu, 8 Januari 2014

Tahukah Anda... Populasi Bumiputera Kristian Di Malaysia (2010)?

Tahukah anda terdapat lebih 90,000 Bumiputera Kristian di Semenanjung Malaysia? Mereka terdiri daripada kaum Orang Asli tempatan dan orang Sabah dan Sarawak yang telah berpindah ke Semenanjung melanjutkan pelajaran dan mendapatkan pekerjaan di sektor awam dan swasta. 

Di Semenanjung:

Laporan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 menunjukkan terdapat seramai 93,641 Bumiputera Kristian yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Negeri Selangor ialah negeri yang mempunyai penduduk Bumiputera Kristian teramai di Semenanjung (23,368 orang) diikuti dengan Johor (21,835 orang), Perak (14,640 orang), Pahang (8,593 orang) dan Kuala Lumpur (7,849 orang).


Di Sarawak:



Sementara itu negeri yang mempunyai penduduk Bumiputera Kristian teramai di Malaysia Timur ialah Sarawak dengan 824,034 orang yang merupakan 78% daripada penduduk Kristian di negeri Bumi Kenyalang itu. 


Di Sabah:



Di Sabah pula, penduduk Bumiputera Kristiannya berjumlah 624,933 orang yang merupakan 73% daripada penduduk Kristian di Negeri Di Bawah Bayu itu. 


Keseluruhannya:

Banci 2010 juga menunjukkan bahawa penduduk Bumiputera Kristian di seluruh Malaysia berjumlah 1.5 juta orang (angka rasmi 1,549,193) yang merupakan 59% daripada penduduk Kristian di Malaysia.