Oleh Jarrid Wilson:
1. Aku telah bertemu dengan wanita impianku.
Aku tidak mahu melepaskan kemungkinan suatu perkahwinan yang indah semata-mata kerana aku berusia di bawah dua puluh lima tahun. Ya, ada yang berpendapat dua puluh lima tahun itu agak muda, tetapi aku tidak dapat membiarkan itu menghalangku mengejar wanita yang sudah terpahat di hatiku. Aku sungguh menyedari bahawa dia memenuhi segalanya yang kucari dalam seorang isteri. Dia baik hati, pemurah, tidak mementingkan diri, suka mendorong, bersifat positif, cantik, dan memiliki cinta yang membara untuk Tuhan. Dialah wanita paling cantik yang pernah kutemui, dan aku tidak mahu kehilangan kesempatan mendapatkannya sebagai isteri dan teman hidupku.
2. Kami merasakan bahawa Tuhan sedang memimpin kami ke alam perkahwinan.
Kami tidak mahu mengabaikan dorongan di hati yang sedang memimpin kami ke arah perkahwinan. Pada akhirnya, ianya mengenai ke manakah Tuhan sedang memimpinku dan bakal isteriku, dan bukannya pendapat orang-orang lain mengenai kami. Bukannya ada orang yang tidak bersetuju dengan keputusan kami, tetapi ada sebilangan orang yang mempersoalkan samada kami sudah bersedia untuk komitmen tersebut. Pada akhirnya, kami mengikuti pimpinan yang Tuhan berikan kepada kami.
3. Hidup lebih bermakna satu dengan lain.
Hidup sebagai orang bujang cukup hebat, tetapi itu tidak dapat dibanding dengan hidup bersama pasangan yang Tuhan telah ciptakan untukku. Aku bukan berkata perkahwinan harus menjadi tujuan akhir setiap orang, tetapi aku ingin katakan bahawa Tuhan memberikan suatu keakraban yang istimewa kepada mereka yang berkahwin.
4. Kami cukup matang untuk menjalaninya.
Perkahwinan adalah suatu komitmen yang besar, dan aku tidak menggalakkan sesiapapun mengikuti perjalanan yang mengkagumkan ini tanpa terlebih dahulu memastikan bahawa mereka cukup matang untuk melakukannya. Kematangan akan memain peranan penting bagaimana seseorang individu respon kepada pengujian, pencubaan dan kejayaan dalam hidup yang akan melanda perhubungan anda.
Tidak ada yang lebih mendorong dalam sesuatu perhubungan daripada menjumpai seseorang yang memiliki impian, matlamat dan panggilan yang sama dengan anda. Aku telah melihat terlalu banyak perhubungan antara peribadi-peribadi yang tidak memiliki apa-apa persamaan. Dan walaupun tidak ada salahnya mempunyai minat yang bertentangan, sesuatu keakraban yang sangat luar biasa terjadi apabila menjumpai seseorang yang mempunyai kecintaan yang sama seperti anda.
6. Kami ingin menjalani hidup bersama.
Hidupku hebat sebelum bertemu dengan isteriku, tetapi hidup bertambah hebat lagi apabila kami menjalaninya bersama. Bukan saja kami dapat berkongsi pengalaman hidup bersama, tetapi kami rasa bahawa kesempatan lebih besar terjadi dalam hidup apabila kami menghadapinya sebagai satu pasukan daripada berseorangan diri.
7. Kami sangat jatuh cinta satu dengan lain.
Tidak perlu banyak penjelasan di sini. Kami mendapati diri kami amat jatuh cinta satu dengan lain. Apa lagi yang anda boleh minta dalam suatu perkahwinan? Kami menyedari bahawa kami rela lakukan apa saja untuk satu sama lain, dan kami tidak ambil kisah mengenai apa yang orang fikirkan mengenai perhubungan kami. Kasih sejati dapat bertahan melalui ujian masa. Keinginan kami untuk hidup tanpa mementingkan diri menjadi dasar di mana kami mendirikan rumahtangga.
(Diterjemah daripada artikel laman Jarrid Wilson bertajuk, "Why I Decided To Get Married Before I Was 25" bertarikh 5 Mac 2014)
(Diterjemah daripada artikel laman Jarrid Wilson bertajuk, "Why I Decided To Get Married Before I Was 25" bertarikh 5 Mac 2014)