Buku saya Angel Stories penuh dengan peristiwa pertemuan orang dengan malaikat-malaikat yang diutus, malaikat-malaikat penjaga dan pelindung, malaikat-malaikat ketenteraan, malaikat-malaikat penyanyi, malaikat-malaikat perang, malaikat-malaikat penyelamat dan malaikat-malaikat yang melepaskan api, kesembuhan dan pelepasan. Malaikat-malaikat yang diutus ini bekerja dengan Tuhan untuk menggenapi kehendak-Nya di bumi dan dalam kehidupan kita.
Malaikat-malaikat syurgawi ini telah diutus oleh Tuhan sendiri untuk menjaga, melindungi dan memberkati anda dengan segalanya yang telah dirancang oleh syurga untuk anda, dan kisah yang berikut membuktikannya.
Inilah kisah yang diceritakan sendiri oleh kawan saya Doug Addison mengenai pengalamannya dengan malaikat yang datang sebagai ejen pelancongan di negara yang asing.
Malaikat Ejen Pelancongan Doug Addison
Kadang-kadang malaikat datang disertai kemuliaan, tetapi kadang-kadang ianya datang menyerupai manusia. Apabila itu berlaku, kita sering tidak menyedari kita berada dalam hadirat malaikat.
Pada tahun 1993, saya pergi dengan sekumpulan 20 orang ke Seoul, Korea Selatan. Kami tidak pergi sebagai rombogan pelancongan ataupun sebarang rombongan rasmi. Kami pergi secara sendiri. Jadi apabila kami tiba di Seoul, tidak ada orang yang datang mengambil kami atau mengatur sesuatu untuk kami. Kami hanya mengambil pernerbangan ke situ dan di situlah kami.
Dengan cepat kami pun mengalami banyak kekecohan. Kami dua puluh orang sudah tiba dan merasa seperti orang yang tersesat. Kami dikuasai perasaan takut. Ramai di antara kami hampir menitiskan air mata sebab kami tidak tahu ke mana untuk pergi dan bagaimana untuk pergi.
Mujurlah seorang ejen perlancongan Korea bernama Sue, yang fasih berbahasa Inggeris memanggil kami. Dia datang kepada kami dan melambai-lambai kepada kami untuk menaiki bas yang sedang menunggu kami. Bas itu ada penghawa dingin dan dia membawa air kepada kami, yang sungguh bagus sekali sebab kami benar-benar kehausan. Dia menaiki bas itu bersama kami sejauh mana bas itu boleh pergi. kemudian dia beritahu kami bahawa bas tidak akan membawa kami lebih jauh lagi kerana jalan-jalan tempatan di situ terlalu sempit. Jadi dia membawa kami menuruni bas dan mendapatkan teksi untuk kami. Dia memberikan kami nota dalam Bahasa Korea untuk ditunjukkan kepada pemandu teksi supaya mereka tahu ke mana untuk membawa kami. Dan kami pun pergi menaiki teksi.
Pada keesokan harinya, kami memberitahu orang-orang yang kami tinggal dengan, "Terima kasih. Sungguh baik kamu menghantar ejen pelancongan dan bas itu untuk kami." Tetapi tidak ada seorang pun yang telah melakukan itu. Tidak ada seorang pun yang mengatur apa-apa untuk kami.

Beberapa hari kemudian, kami berada sekali lagi di tengah-tengah Seoul, sebuah bandaraya yang diduduki lebih 9 juta orang ketika itu, dan kami langsung sesat lagi. Sebahagian orang dalam kumpulan kami sudah terpisah dengan kami, dan kami tidak tahu ke mana untuk pergi dan apa yang kami sedang lakukan. Ejen pelancongan kami, Sue, ada di situ lagi untuk mengumpulkan kami dan menolong kami.
Pada hari terakhir, kami sedang melawat suatu tempat yang jauh dari bandar. Pastor yang bersama kami mengidap penyakit kencing manis. Dia telah terpisah daripada kumpulan kami dan menjadi sangat sakit. Dia mengalami kejutan diabetik dan mula kehilangan penglihatannya.
Apabila dia sedar diri, dia memandang ke atas, tiba-tiba Sue sudah ada di situ. Sue memberitahunya, "Kumpulan kamu ada di situ. Mereka ada di sebelah sana." Kemudian dia seperti menolaknya ke arah kami, dan kami menjumpainya dan dapat membantunya. Sue pula sudah pergi.
Sehingga hari ini, setiap orang dalam kumpulan itu yakin bahawa Sue adalah malaikat, yang datang meyerupai manusia. Dia ada di situ untuk menyelamatkan kami.
(Diterjemah daripada artikel Charisma Magazine bertajuk "Can An Angel Direct Your Travel Steps?" penulisan Jonathan Nixon bertarikh 27 Februari 2014)