Jumaat, 6 Mac 2015

5 Perkara Yang Diajarkan "Fifty Shades Of Grey" Mengenai Seks

Buku dan filem "Fifty Shades of Grey" menggalakkan keganasan seks terhadap wanita.

Jika anda tidak berapa tahu mengenai Fifty Shades of Grey, inilah ringkasan mengapa kami tidak sukakannya: Jalan cerita buku itu, dan sekarang dijadikan filem berbajet besar, adalah seluruhnya mengenai seorang jutawan yang dingin dan sadistik dan bagaimana dia menggoda seorang anak gadis perawan ke dalam dunia seks sadomachochistic.

Jika anda tidak tahu apa itu sadomachochisme, (atau ringkasnya S&M), ianya adalah penderaan dan aksi ganas seks yang ekstrim untuk nikmat seksual. 

Tidak bagus.

Lebih teruk mengenai Fifty Shades of Grey, ialah ITULAH ceritanya. Tidak banyak jalan ceritanya. Tidak ada kejutan besar atau kesudahan cerita yang menarik. Ianya semata-mata seluruh buku, dan sekarang seluruh filem, mengenai seorang lelaki yang suka menguasai yang berusaha untuk menguasai dan melakukan nafsu seksnya yang menyimpang ke atas seorang gadis perawan yang tidak mensyaki. 

Tetapi apa yang lebih teruk daripada kisah buku itu, ialah apa yang diajarkannya. Walaupun Fifty Shades of Grey telah berusaha untuk memasarkan francais itu sebagai "bergaya dan seksi" dengan mengeluarkan jenamanya sendiri untuk alat mainan seks, gincu dan rekording lagu modern, sebenarnya segala yang Fifty Shades promosikan ialah penerimaan seks ganas (terutamanya terhadap wanita) dalam masyarakat. Ditambah lagi tema-tema besar dalam kisah itu ialah kedudukan yang tidak sama rata, penderaan dan pemaksaan terhadap wanita. 

Untuk menjelaskan mengenai nilai-nilai negatif yang ekstrim dan merosakkan yang terkandung dalam Fifty Shades of Grey, kami telah membuat satu senarai, diiringi dengan infografik, mengenai apa yang dapat dipelajari daripada kisah itu.



1. Jika anda kacak, kaya dan berjaya, anda boleh melakukan apa saja nafsu seks ganas dan orang tidak akan membantah perbuatan anda.

Christian Grey, watak utama dalam buku itu, adalah seorang lelaki yang sangat kaya dan kacak. Dia memiliki rumah besar, terbang ke sana-sini dengan helikopter, dan menawan hati semua wanita yang ditemuinya. Kami ada firasat bahawa jika watak utama itu ialah seorang yang penipu, tidak berumah, bekas banduan dengan janggut yang kasar dan kehilangan sebahagian giginya, orang tidak akan tertarik langsung dengan cerita ini, tetapi akan menyedari betapa teruk dan tidak bermoral kisah ini. Mengapakah orang begitu menerima kisah yang gelap dan mengganggu ini semata-mata kerana watak utamanya adalah tampan dan menawan? 

2. Seks adalah untuk keseronokan semata-mata dan segala cinta dan perasaan romantik harus dijauhi.

Dalam cerita ini, Christian memaksa wanita-wanitanya untuk menandatangani kontrak untuk menghalang mereka daripada mengatakan apapun yang Christian lakukan terhadap mereka dan memberi dia keizinan penuh untuk melakukan apa saja kepada mereka secara fizikal. Adakah itu kedengaran seperti cerita cinta yang anda ingin baca? Ya, kami pun tidak.

3. Hai anak gadis: jika anda bertahan cukup lama dengan seorang lelaki yang "bermasalah", mungkin satu hari nanti dia akan mencintai anda dan berubah.

Anastasia, watak utama wanita dalam buku itu, adalah seorang pelajar yang pemalu dan kurang keyakinan diri. Ketika dia bertemu Christian, dia masih seorang gadis perawan. Di sepanjang buku itu, Anastasia terdedah kepada nafsu seks lelaki itu yang sangat menyeleweng dan menjadi satu-satunya objek nafsu seknya. Dia tertarik kepada lelaki itu dan tergoda dengan semua hadiah-hadiah mewah yang diberikan olehnya. Dia tetap tinggal bersamanya meskipun segala yang dilakukannya terhadapnya. Dia tertunduk kepada fantasi seks yang semakin ganas dari lelaki itu, yang beransur-ansur membimbingnya untuk menerima kelakuan ganasnya terhadapnya. Fifty Shades of Grey mengajar bahawa anak-anak gadis adalah makhluk yang lemah dan tidak dapat menolong diri sendiri yang akan tinggal terus dengan seorang yang mereka tertarik pada. Wahai, anak gadis, adakah di antara anda yang mahu tinggal terus melalui semua keadaan itu? Kami fikir tidak. 

4, Hai anak muda: Anda boleh lakukan apa saja terhadap seorang gadis dan dia akan menerimanya kerana... dia seorang perempuan.

Christian Grey ialah seorang kaki perempuan dan dia gunakan wangnya dan daya tarikannya untuk mengikat Ana dan membuatnya ingin bersamanya. Meskipun sebenarnya dia melakukan segala jenis cara untuk menyebabkan kesakitan ke atas Ana untuk nikmat dirinya, tidak ada apapun atau siapapun yang menghentikan perbuatannya. Ana masih tertarik kepadanya, dan dia masih tertarik kepada Ana. Dia boleh lakukan apa saja secara seksual kepadanya dan tahu pada akhirnya Ana akan tertarik kembali kepadanya. Adakah sesiapa anda pemuda-pemuda yang fikir bahawa tak apa-apa untuk melakukan terhadap seorang wanita ataupun sesiapa saja seperti itu? Kami tidak. 

5. Jika anda memuatkan banyak adegan seks yang eksplisit dalam sebuah buku, ianya akan menjadi bestseller dan ianya akan juga dijadikan sebuah filem Hollywood berbajet besar. 

Akhirnya, kita berhadapan dengan hakikat bahawa kisah ini telah menjadi novel bestseller yang sekarang telah dijadikan filem Hollywood berbajet besar. Kisah yang gelap dan menyeleweng ini adalah punca pengarangnya, penerbit bukunya dan kini semua orang yang terlibat dalam filem itu mengaut keuntungan berjuta-juta dolar. Alangkah sedihnya untuk memikirkan bahawa kita hidup dalam masyarakat di mana kisah yang sepenuhnya mengenai perhubungan seksual yang sadistik dan ganas telah menjadi begitu popular sekali. 

Jadi, kami fikir kami tak perlu sebut bahawa kami akan menghabiskan masa bersama orang-orang yang tersayang sempena Hari Valentine, tanpa membaca dan menonton keghairahan seks yang mengganggu ini. Kami inginkan kasih dan keintiman yang benar. Anda juga? 

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel laman Fight The New Drug bertajuk, "5 Things 'Fifty Shades of Grey' Teaches About Sex" bertarikh 4 Februari 2015)