Isnin, 18 Mei 2015

Remaja Melihat Yesus Semasa Jantungnya Berhenti Berdenyut


Seorang pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun mendakwa dia melihat Yesus selepas pengsan dalam kelas pendidikan jasmani dan tanpa denyutan jantung selama 20 minit.

Zack Clements mengalami jantung terhenti secara tiba-tiba di Victory Life Academy pada 5 Mei dan tidak menunjukkan sebarang respon. Tetapi semasa para doktor ingin mengisytiharkan kematiannya selepas dua puluh minit, dia tiba-tiba hidup kembali.

Dia dibawa ke hospital melalui pengangkutan udara dan sedar kembali beberapa hari kemudian di ICU (Pusat Jagaan Rapi). 

Dan lebih menakjubkan lagi daripada keadaannya yang cepat pulih, ialah apa yang dikatakannya. 

"Apabila saya tidak sedar selama 20 minit itu, saya melihat seorang lelaki dengan rambut panjang dan janggut yang agak lebat, dan saya tidak ambil masa yang panjang untuk menyedari bahawa Ianya adalah Yesus," kata Zac.

"Saya datang kepada-Nya dan Dia meletakkan tangan-Nya di atas bahu saya dan memberitahu saya bahawa semuanya akan jadi baik."

Zack dan keluarganya berkata bahawa mereka tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku, tetapi mereka menggelarkannya sebagai mukjizat.


Zac  yang sudah pulih bergambar dengan doktornya

(Diterjemahkan daripada artikel Fox News Insider bertajuk "Teen Whose Heart Stop For 20 Minutes Says He Saw Jesus" bertarikh 16 Mei 2015)