Teddy Hung, bekas ketua kongsi gelap 14K di Hong Kong |
Bekas ketua kongsi gelap 14K, kongsi gelap kedua terbesar di dunia dengan 25,000 ahli di sekeliling dunia - Teddy Hung Hon-yee telah menjadi kaya melalui kegiatannya menjalankan bilik-bilik perjudian, bar, kasino dan perjudian online. Berikut ialah kesaksiannya mengenai perjalanannya dari kegelapan kepada iman yang menerangi hidupnya kini.
Kisahnya ialah kisah kasih dan penebusan Tuhan. Ianya mengajar kita bahawa masa tidak menjadi isu kepada Tuhan apabila Dia mengajar seseorang; dan bahawa tidak pernah terlambat bagi seseorang untuk kembali kepada-Nya.
Pada usia 15 tahun, Teddy Hung telah menyertai kongsi gelap. Semasa 1970an dan 1980an, dia telah menjadi pemimpin kongsi gelap yang paling ditakuti di Hong Kong dengan perniagaan yang melibatkan penjualan dadah, pusat-pusat perjudian dan pusat-pusat disko. Dia mempunyai empat orang isteri dan sebilangan teman wanita, setiapnya seorang model atau pelakon ternama di Hong Kong.
Teddy Hung pernah memiliki Disko 348 di Hong Kong, yang merupakan disko terbesar di Asia |
"Adalah sangat pelik aku memiliki pemikiran untuk membunuh diri sebab aku selalu membenci orang-orang yang membunuh diri. Bagiku mereka adalah pengecut," kata Hung dalam satu video kesaksian.
Para doktor tidak dapat menyembuhkan depresinya dan keadaannya yang tidak dapat tidur dan dia sentiasa berada dalam mood yang tidak baik. Sekumpulan pastor cuba untuk mendekatinya tetapi dia menolak jemputan mereka dengan serta-merta, mengatakan bahawa dia "benci orang yang bercakap mengenai Yesus." Dia akan menyumpah dan mengutuk kepada orang lain yang cuba mengkhabarkan Injil kepadanya, dengan angkuh mengatakan, "Aku sedia pergi ke neraka."
Oleh kerana mereka tahu bahawa dia tidak akan pergi menyertai kebaktian di gereja, pastor-pastor yang sama itu mengundangnya ke sebuah konsert Crossover oleh Sun Ho, yang telah diadakan di Hong Kong pada 2002. Itu adalah salah satu daripada siri konsert yang diadakan oleh Sun di sekeliling Asia di mana dia mempersembahkan lagu-lagu popnya daripada album-albumnya yang menjadi hit; kemudian dia akan mengongsikan kesaksiannya di pertengahan konsert, dan pada penghujung pertunjukan, suaminya, Kong Hee, pastor senior City Harvest Church dari Singapura akan membuat panggilan mimbar. Aturcara yang sederhana ini telah membawa puluhan ribu orang menerima Yesus Kristus sebagai Tuhan dan Juruselamat dalam kehidupan mereka.
Teddy Hung maju ke depan pada penghujung konsert dan mengucapkan doa pengakuan dosa |
Pada akhir pertunjukan di Hong Kong itu. Hung mendapati dirinya di hadapan pentas, mengucapkan doa pengakuan dosa yang dipimpin oleh Kong.
Pada malam itu juga, Hung mengucapkan satu doa kepada Tuhan, "Jika Engkau benar-benar wujud, sembuhkan aku dari keadaan tidak dapat tidur, dan aku akan percaya pada-Mu." Pada malam itu dia dapat tidur dengan nyenyak untuk pertama kalinya sepanjang malam dan begitulah untuk malam-malam yang seterusnya. Pengalaman itu mengajarnya bahawa Tuhan benar-benar wujud.
7 TAHUN PENGAJARAN
"Dalam masa 10 tahun yang lalu, aku melalui banyak pengalaman dengan Tuhan, tetapi dua daripadanya telah mengubah hidupku," Hung berkata dalam temuramah dengan City News.
Selepas menjadi Kristian, pusat-pusat perjudiannya mula kerugian. Dia menjadi bimbang tetapi mengingat kata-kata seorang bekas pemimpin kongsi gelap yang juga telah menjadi Kristian: "Kita memberikan hidup kita kepada Kristus, Iblis tentu saja tidak suka; dia tidak akan membiarkan kita lepas begitu saja."
Hung juga mendapati sukar untuk meninggalkan banyak tabiat buruknya. Dia mengambil keputusan untuk "memohon cuti dua tahun" dari Tuhan dan pergi ke negara Thai untuk menubuhkan lebih banyak pusat-pusat perjudian. Apabila pusat-pusat perjudian itu juga kerugian, dan kerajaan Thai mengharamkan semua pusat perjudian, dia menjadi marah dengan Tuhan.
Sambil merasa takut dan keliru, Hung balik kepada pastor-pastornya di Hong Kong. "Apakah Tuhan yang seperti ini? Apabila aku percaya kepada-Nya, Dia membuat aku kehilangan semua perniagaanku; apabila aku tidak, Dia membuat aku tidak dapat tidur," rungutnya.
"Pastor-pastorku memberitahuku, 'Mengambil cuti dua tahun ialah apa yang kamu mahu, bukan apa yang Tuhan mahu. Mahukah kamu mengizinkan anak-anakmu menceburi perniagaan-perniagaan haram seperti yang kamu lakukan sekarang? Dia mengasihi kamu dan itulah sebabnya Dia ingin memimpin kamu keluar dari semua ini."
Untuk pertama kalinya Hung mengerti akan kasih Tuhan.
"Tetapi aku masih mendapati sukar untuk melepaskan perniagaan-perniagaanku dan wanita-wanitaku. Pusat-pusat perjudianku memberi pekerjaan kepada ribuan orang; jika aku melepaskan teman-teman wanitaku, tidak ada orang yang akan melindungi mereka. Itulah yang menjadi kebimbangan utamaku; aku fikir bahawa aku harus berlaku setia kepada mereka."
Teddy Hung menyampaikan kesaksiannya di auditorium City Harvest Church, Singapura pada Ogos 2012 |
"Tiba satu detik aku ingin mengakhiri hidupku. Aku memberitahu pastor-pastor itu aku ingin membunuh diri dan tidak ada apa pun yang dapat menghalangku. Aku pulang untuk menulis wasiatku tetapi sebaik saja aku selesai, Tuhan berbicara kepadaku. Akhirnya aku mengoyakkan wasiat itu dan tertidur."
Apabila Hung bangun dari tidur, dia berlutut dan untuk pertama kalinya berdoa kepada Tuhan dengan memanggilnya Allah Bapa. Pada petang itu, Tuhan membawanya ke Syurga dan dia mengalami penderitaan yang dahsyat di neraka dan sukacita yang teramat besar di syurga.
"Penderitaan di neraka sangat teruk sehingga tidak dapat ditanggung; tetapi sukacita di syurga tidak dapat diucapkan," kata Hung.
Pengalaman itu mengubah hidup Hung untuk selamanya. "Aku menyedari betapa bodohnya aku untuk berpegang kepada semua benda-benda di dunia apabila alam kekekalan itu begitu nyata. Dulunya aku berfikir bahawa jika Tuhan mahu aku meninggalkan saudara-saudara seperjuanganku, teman-teman wanita dan anak-anakku, Tuhan itu bukan Tuhan yang baik! Tetapi Tuhan mengatakan kepadaku, 'Jika kamu meneruskan dalam perniagaan ini, kamu hanya membawa saudara-saudaramu dan teman-teman wanitamu ke neraka. Jika kamu tak dapat menanggung penderitaan itu, apakah kamu fikir mereka dapat? Akulah Pencipta Syurga dan bumi dan Akulah yang menentukan apa yang terjadi pada umat-Ku; kamu tidak perlu mengkhuatiri mereka, cuma berdoa dan serahkan mereka kepada-Ku, dan Aku akan menjaga mereka. Kekayaan mereka di bumi ini tidaklah sepenting dengan ke mana mereka pergi selepas mereka mati.' Selepas mengalami syurga dan neraka, aku tahu dengan pasti aku tidak dapat membiarkan saudara-saudaraku dan isteri-isteriku pergi ke neraka."
DIBERKATI UNTUK MENJADI BERKAT
Hung menutup semua perniagaannya. Dia meninggalkan semua isteri dan teman-teman wanitanya. Dia memasuki Sekolah Alkitab. Kini, pada usia 64 tahun, dia seorang ahli perniagaan yang sah dan telah memulakan sebuah gereja yang dikhususkan untuk ahli-ahli kongsi gelap.
"Apabila aku akhirnya melepaskan segalanya, aku mula melihat-Nya mengambil alih. Aku sungguh khuatir mengenai isteri-isteriku dan teman-teman wanitaku, tetapi sekarang, semuanya kecuali dua dari isteriku telah menyerahkan hidup mereka kepada Yesus!
"Pengalaman itu juga membuatku sedar bahawa tidak ada orang yang dapat menyelamatkan anggota-anggota kongsi gelap dari murka neraka selain daripada Yesus. Dan apabila seorang anggota kongsi gelap diselamatkan, seluruh keluarganya akan melihat perubahan padanya, dan tahu bahawa Yesus benar-benar wujud dan sangat berkuasa. Mereka juga akan datang kepada Tuhan."
Tidak ada sesiapa yang lebih mengetahui perniagaan kongsi-kongsi gelap dan keperluan anggota-anggota kongsi gelap berbanding dengan Hung, yang telah memimpin kongsi gelap untuk bertahun-tahun. Oleh itu, tidak ada seorang pun yang dapat bersaksi mengenai Yesus kepada mereka dengan cara yang dia dapat lakukan. Dia telah merangka satu sistem untuk menjangkau mereka dengan berkesan.
Daripada mengadakan kebaktian ibadah pada hujung minggu seperti gereja-gereja biasa, Hung memilih untuk mengadakan kebaktian mereka pada Selasa malam.
"Kami mengadakan kebaktian pada hari Selasa kerana anggota-anggota kongsi gelap akan sibuk dengan lumba kuda dan pertaruhan bola sepak pada hari Rabu, Sabtu dan Ahad; dan pada waktu malam sebab anggota-anggota kongsi gelap hanya aktif pada waktu malam, biasanya mereka tidur pada siang hari," dia menjelaskan.
Hung berkongsi bahawa untuk menjangkau ahli-ahli kongsi gelap memerlukan proses selangkah demi selangkah. Gereja akan mendekati mereka dengan membantu mereka mencari pekerjaan dan mengajar mereka menjalankan perniagaan yang sah di sisi undang-undang. "Tidak ada gunanya memberitahu mereka mengenai Yesus tetapi tidak menyelesaikan masalah mereka mencari kerja di luar kongsi gelap mereka," katanya.
Kebaktian gereja diatur dengan hanya 15 minit khutbah. "Jika kita katakan apa pun melebihi 15 minit, ahli-ahli kongsi gelap akan menanggapnya sebagai penyeksaan dan tidak kembali lagi. Lagipun mereka tak faham khutbah, oleh itu, kami mendapatkan orang untuk menyampaikan kesaksian perubahan hidup mereka supaya mereka yang datang dapat menangkap sejenak kasih Tuhan. Kami juga menggunakan lebih lagu-lagu zaman kini untuk pujian dan penyembahan."
Selepas tiga bulan, penyampaian khutbah akan diperpanjangkan ke 30 minit dan selepas setahun, khutbahnya akan dipanjangkan sehingga satu jam. "Apabila mereka 'tamat kursus' dan menjadi murid yang benar, mereka boleh berpindah ke gereja-gereja yang biasa, sebab gereja ini dikhususkan melayani ahli-ahli kongsi gelap."
Pada penghujung temuramah ini, Hung meringkaskan pengalaman keselamatannya dalam satu ayat, "Jangan takut melepaskan apa yang kamu miliki: Tuhan mahu mengambil dari kamu hal-hal yang tidak baik untuk memberi kamu yang baik, dan apabila Dia memberi ianya adalah seratus kali lipat."
(Diterjemah oleh SDP dari artikel City News bertajuk, "Teddy Hung: Crossing From Darkness Into Light" penulisan Dawn Seow bertarikh 18 Ogos 2012)
Teddy telah memimpin beratus anggota kongsi gelap kepada Kristus |

Video Kesaksian Teddy Hung di City Harvest Church, Singapura pada 2012