JAKARTA, KOMPAS.com — Setiausaha Umum Persatuan
Gereja-gereja di Indonesia (PGI), Pdt Gomar Gultom, mengatakan, gereja tidak
akan merestui dan mengacarakan perkahwinan sejenis kerana hanya mengakui
perkahwinan antara laki-laki dan perempuan.
"Pada prinsipnya, menurut hukum gereja di Indonesia,
perkahwinan itu antara laki-laki dan perempuan. Saya fikir, gereja-gereja di
seluruh dunia juga seperti itu," kata Gomar Gultom sewaktu dihubungi di
Jakarta, Jumaat (10/7/2015), seperti dipetik oleh Antara.
Gomar mengatakan, meskipun perkahwinan sejenis di Amerika
Syarikat dijadikan sah di bawah undang-undang, gereja-gereja di negeri tersebut belum tentu mengesahkan
atau merestui perkahwinan tersebut. Begitu pula dengan sikap gereja-gereja di
Belanda yang negaranya lebih dahulu mengesahkan secara undang-undang perkahwinan sejenis.
Menurut Gomar, Amerika Syarikat dan Belanda dapat mengesahkan secara undang-undang perkahwinan sejenis kerana di negara tersebut perkahwinan merupakan sumpah pencatatan sivil, berbeza dengan di Indonesia. (Baca: Menag:
Indonesia Sulit Terima Pernikahan Sesama Jenis)
"Di Indonesia, catatan sivil mencatatkan perkahwinan
setelah perkahwinan dilakukan di lembaga agama. Negara tidak mengakui perkahwinan
yang tidak dilakukan di lembaga agama," tuturnya.
Padahal, semua agama di Indonesia tidak mengakui perkahwinan
sejenis. Kerana itu, tidak ada jalan untuk menjadi sah di bawah undang-undang perkahwinan sejenis di
Indonesia.
"Meskipun gereja tidak akan merestui dan melakukan
perkawinan sejenis, saya berpendapat, para pelaku homoseksual tetap harus
diakui sebagai manusia dan dilindungi hak-hak hidupnya oleh negara,"
katanya.
Isu homoseksualiti mendapat perhatian setelah Amerika Serikat mengesahkan secara undang-undang perkahwinan sesama jenis di semua negeri-negerinya. Pengesahan undang-undang itu
dianggap sebagai kemenangan oleh kelompok lesbian, gay, biseksual, dan
transgender (LGBT) serta para pendukungnya.
Salah satu bentuk kegembiraan besar terhadap pengesahan undang-undang itu adalah
pemasangan warna-warni pelangi pada foto profail media sosial dan tanda pagar
#LovesWin. Kegembiraan serupa juga diperlihatkan pada sebahagian pengguna media sosial di
Indonesia.
Kalangan agamawan di Indonesia menolak pengesahan undang-undang itu, dan
menilai bahwa keputusan Pemerintah Amerika Syarikat tersebut lebih disebabkan
faktor politik.
Pemerintah yang berkuasa pada waktu ini, Presiden Barack Obama,
berasal dari Parti Demokrat yang dinilai lebih liberal dan sejak semula
mendukung kelompok LGBT. Dalam kempennya, Obama juga menyatakan akan mengesahkan
perkahwinan sejenis.
Sikap Parti Demokrat itu bertentangan dengan Parti
Republik yang lebih konservatif dan dinilai menjunjung norma. Parti Republik,
yang banyak mendapat dukungan kelompok Kristian, menolak perkahwinan sejenis.
Perbezaan sikap kedua parti itu juga ditunjukkan dalam isu pengguguran bayi. Parti Demokrat bersikap "pro-choice" dengan mendukung agar pengguguran diperbolehkan, sedangkan Parti Republik bersikap "pro-life"
dengan menolak pengguguran tanpa alasan perubatan yang dapat diterima.
(Dialih-bahasakan daripada artikel Kompas bertajuk "PGI: Gereja Tak Akan Restui Perkawinan Sejenis" bertarikh 10 Julai 2015)