Khamis, 9 Julai 2015

Sejarah Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa Di Blog domba2domba

Sejarah Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa

Blog domba2domba telah dimulakan pada 9 April 2011. Sejak masa itu beberapa artikel telah berjaya menduduki Top 3 - Artikel Paling Popular Sepanjang Masa dari masa ke masa. Inilah Top 3 Artikel Paling Popular Sepanjang Masa dalam sejarah blog ini (catitan terbaru hingga yang terdahulu);  

18 MEI 2016


Update 18 Mei 2016: Artikel Kesaksian Jim Caviezel telah mengambil alih tempat teratas dengan mendapat 76,993 pageview. Artikel Kesaksian Asmirandah kini di tempat kedua dengan 74,444 pageview. 


16 JULAI 2015


Update 16 Julai 2015: Artikel "Kesaksian Asmirandah" telah merebut tempat teratas dengan 69,396 pageview! Ianya jauh meninggalkan artikel "Kesaksian Vaness Wu" (37,254 pageview) di tempat kedua.


14 MEI 2015


Mei 2015 merupakan bulan yang bersejarah untuk blog ini, apabila telah mencapai rekod baru 120,120 pageview dalam sebulan (terdahulu rekod tertinggi 37,920 pageview pada Februari 2015). Rekod baru ini banyak dibantu oleh dua artikel baru yang menjadi viral, iaitu artikel kesaksian pelakon Vaness Wu (33,588 pageview) dan kesaksian peninju Manny Pacquiao (20,598 pageview). Kedua artikel ini telah merebut tempat pertama dan ketiga dalam Senarai Top 3 ini. Menakjubkan!  


8 APRIL 2015


Artikel 10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwini telah menjadi viral sejak diterbitkan pada Februari 2014. Artikel penulisan J. Lee Grady ini yang diterbitkan sehari sebelum Hari Valentine seterusnya mengungguli tempat teratas Artikel Paling Popular di blog ini selama 14 bulan berturut-turut. 


13 DISEMBER 2014


Untuk tahun 2014, data untuk artikel paling popular sepanjang masa tidak direkod, yang ada hanyalah data untuk artikel paling popular untuk tahun 2014 sahaja. Pada tahun itu, artikel paling popular adalah 10 Lelaki Yang Wanita Kristian Tidak Harus Kahwini yang mendapat 20,910 pageview.


30 DISEMBER 2013


Pada tahun 2013, juga tidak tersimpan rekod untuk artikel paling popular sepanjang masa, yang hanya ada ialah rekod artikel paling popular untuk tahun 2013 sahaja. Artikel yang menjadi viral dan melonjak ke tangga teratas senarai paling popular 2013 ialah Kisah Cinta Yang Indah Nick Vujicic dan Isterinya Kanae Miyahara (tapi tiada catitan untuk jumlah pageview pada tahun itu). 


31 DISEMBER 2012


Artikel Kesaksian Ricardo Kaka: "I Belong To Jesus" telah menguasai tempat teratas senarai Top 3. Artikel mengenai pemain bola sepak terkemuka dari Brazil ini telah menambat hati ramai pembaca kerana komitmentnya yang kuat kepada Tuhan di tengah padang dan di dalam kehidupan peribadinya. 


Oleh kerana ini adalah senarai sepanjang masa, maka semakin hari akan semakin meningkat jumlah pageview yang dikumpulkan oleh artikel-artikel Top 3 yang sedia ada. Oleh itu, hanya artikel yang amat viral akan berpeluang merebut tempat di senarai Top 3 ini. Apabila itu berlaku, kita akan catit dan update di sini sebab artikel tersebut benar-benar berjaya mengatasi artikel-artikel yang sedia ada.