Khamis, 24 September 2015

Terbukti: Perjanjian Baru Disokong Oleh 25,000 Manuskrip!

Manuskrip Perjanjian Baru (Yunani)

Bilangan Manuskrip dan Kedekatannya dengan Manuskrip Asal

F.E. Peters menyatakan bahawa dari segi manuskrip sahaja, penulisan yang membentuk Perjanjian Baru ialah yang paling banyak disalin dan paling meluas disebarkan di kalangan buku-buku zaman kuno. 

Kini ada lebih 5,686 manuskrip Yunani yang diketahui untuk Perjanjian Baru. Ditambah lagi 10,000 salinan Latin Vulgate dan sekurang-kurangnya 9,300 versi awal, kita ada hampir kepada, jika tidak melebihi 25,000 salinan manuskrip untuk bahagian-bahagian Perjanjian Baru dalam kewujudan hari ini. Tidak ada dokumen lain zaman kuno yang dapat menandinginya. Iliad karangan Homer menduduki tempat kedua, dengan hanya 643 manuskrip yang masih wujud.

* Carta ini hanya menunjukkan jumlan salinan manuskrip Yunani Perjanjian Baru (5,686)
dan belum ditambah jumlah salinan Latin Vulgate (10,000) dan versi awal (9,300)

Kepentingan memiliki jumlah besar salinan manuskrip ini tidak dapat disanggah. Seperti dokumen-dokumen lain sastera zaman kuno, tidak ada manuskrip asal yang diketahui wujud. Namun begitu, jumlah salinan yang menakjubkan ini membolehkan pembentukan yang asal dengan ketepatan yang boleh dianggap sempurna.  

Sir Frederic G. Kenyon, yang dulu merupakan pengarah dan ketua perpustakaan Muzium British dan seorang pakar yang terbilang menyatakan bahawa, "di samping jumlahnya, manuskrip-manuskrip Perjanjian Baru berbeza dari penulis-penulis klasik lain.... Tidak ada kes lain di mana jangka waktu di antara waktu penulisan buku dan tarikh manuskrip terawal yang masih wujud begitu pendik seperti yang ada pada Perjanjian Baru."


Dialihbahasa dari laman spencercamp.com

(Dari SlideShare Don McClain "The Reliability of the New Testament")


Ketepatan Manuskrip Disokong oleh Bapa-Bapa Gereja Awal

Pencatitan ayat-ayat Alkitab oleh Bapa-Bapa Gereja Awal bukanlah dukungan utama untuk ketepatan Alkitab, tetapi catitan mereka menunjukkan dua perkara. Pertama, ianya memberikan dukungan yang tersangat besar mengenai kewujudan dua puluh tujuh buku yang berkanun dalam Perjanjian Baru. Keduanya, catitan-catitan itu begitu banyak bilangannya dan tersebar luas sehingga sekiranya tidak ada manuskrip lain Perjanjian Baru yang wujud, Perjanjian Baru boleh dibentuk semula dari hanya penulisan-penulisan Bapa-Bapa Gereja Awal itu.


Bapa-Bapa Gereja telah membuat kira-kira 36,000 catitan.
Para sarjana mengatakan seluruh dari teks Perjanjian
Baru kecuali empat ayat boleh dibentuk semula dari
hanya catitan-catitan Bapa-Bapa Gereja Awal itu.
(Dari SlideShare Don McClain)

"Dalam kepelbagaian dan kepenuhan bukti yang mendukungnya, teks Perjanjian Baru berdiri sendiri tanpa tolok bandingnya di kalangan penulisan prosa zaman kuno." - F.J.A. Hort.

Baca juga:  "Terbukti - Perjanjian Lama Telah Disalin Turun Temurun Dengan Amat Tepat Sekali"

(Dipetik dan diterjemah daripada buku "New Evidence That Demands A Verdict" penulisan Josh McDowell, ms 16-17)