Kong Hee (kanan) didapati bersalah menggunakan wang gereja untuk memdukung karier muzik isterinya, Sun Ho (kiri) - Gambar AP |
Enam tokoh sebuah gereja di Singapura didapati bersalah melakukan
penipuan bernilai S$50 juta atau setara dengan RM154 juta.
Hakim pengadilan Singapura memutuskan pastor Gereja City
Harvest, Kong Hee, bersalah kerana menggunakan wang gereja sebanyak S$24 juta
untuk mendanai karier muzik isterinya, Sun Ho.
Kong Hee dan lima tokoh lainnya dinilai mencuba menutupi penggelapan wang dengan membuat pelaburan palsu. Dana sebesar S$26 juta kemudian dihabiskan
untuk pelaburan palsu tersebut.
Hakim See Kee Oon lalu mendapati Kong Hee dan mantan anggota
majlis jemaat gereja, John Lam, bersalah atas tuduhan pecah amanah.
Begitu juga pastor senior Tan Ye Peng, anggota majlis gereja
Chew Eng, dan dua mantan pengurus kewangan gereja, Serina Wee dan Sharon Tan,
didapati bersalah atas tuduhan pecah amanah dan pemalsuan akaun.
Gambarajah Channel NewsAsia menunjukkan pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh - Hakim hari ini membuat keputusan bahawa para tertuduh bersalah atas setiap pertuduhan |
Sejauh ini hakim belum menjatuhkan hukuman. Namun, mereka menghadapi kemungkinan kurungan penjara seumur hidup.
Pendakwa raya mengatakan penggelapan dana itu terjadi
antara 2007 dan 2008, lima tahun setelah Sun Ho memulai karier muziknya. Sun Ho
memiliki beberapa album lagu dalam bahasa Mandarin yang diedarkan di China dan
Taiwan.
Dia juga pernah bekerjasama dengan pemuzik dari Amerika
Syarikat, seperti Diane Warren dan Wyclef Jean, dalam album muzik berbahasa
Inggeris.
Menjangkau
Para tertuduh sentiasa mendakwa mereka tidak bersalah.
Mereka juga berdalih bahawa karier muzik Sun Ho merupakan cara untuk menjangkau
orang-orang bukan Kristian.
City Harvest ialah salah satu gereja terkaya di Singapura
dengan jumlah jemaat mencapai 30.000 orang di Singapura. Gereja itu mengaku
memiliki 48 afiliasi di sebilangan negara, termasuk Malaysia, Indonesia, India,
Taiwan, Brunei, dan Australia.
Melalui pernyataan yang dikeluarkan melalui laman rasmi Gereja
City Harvest, Sun Ho mengatakan para tertuduh ‘kecewa dengan hasil’ pengadilan.
Dia berterima kasih kepada para jemaat gereja atas
‘kesetiaan kepada Tuhan dan saling mengasihi’.
(Dialihbahasakan daripada artikel BBC Indonesia bertajuk, "Enam Tokoh Gereja Singapura Didakwa Menipu" bertarikh 21 Oktober 2015)