Isnin, 19 Oktober 2015

Gereja Berusia 450 Tahun Tiba-Tiba Muncul Dari Air


Kemarau di selatan Mexico telah menyebabkan kejatuhan paras air yang begitu banyak sehingga bangunan lama sebuah gereja abad ke-16 yang telah lama ditinggalkan sekarang kelihatan di atas paras air. 

The Temple of Santiago, juga dikenali sebagai Temple of Quechula, biasanya berada di bawah hampir 100 kaki air sejak selesainya pembinaan sebuah empangan pada 1966 yang dipanggil empangan Nezahualcoyotl di Chiapas. Akan tetapi musim kemarau telah menyebabkan paras air untuk jatuh lebih daripada 80 kaki, dan menyebabkan terjadi pemandangan yang mengerikan seperti ini:



The Latin Times melaporkan bahawa nelayan-nelayan tempatan sedang membawa orang untuk pesiaran ke gereja itu dengan menaiki bot. 

Sebahagian daripada pelawat-pelawat itu yang lebih berani juga telah memanjat ke atas bangunan lama itu. 

The Associated Press melaporkan bahawa gereja itu sepanjang 183 kaki dan selebar 42 kaki, dengan menara loceng yang setinggi 48 kaki. 



Gereja itu telah dibina pada 1564 dengan jangkaan bahawa kawasan sekelilingnya akan mengalami peningkatan pesat penduduknya, agensi berita itu melaporkan. 

"Ianya gereja yang dibina dengan fikiran bahawa ini kemungkinan akan menjadi pusat populasi yang besar, tetapi ianya tidak pernah mencapai itu," arkitek Carlos Navarretes memberitahu AP. "Ianya mungkin juga tidak mempunyai paderinya sendiri, hanya menerima kunjungan daripada paderi-paderi dari Tecpatan."





Selepas satu wabak penyakit melanda kawasan itu dari 1773 ke 1776, gereja itu telah ditinggalkan.

Pada 2002, paras air jatuh begitu banyak sehingga orang-orang tempatan dapat berjalan melalui bangunan itu, AP melaporkan. 

"Orang ramai merayakan. Mereka datang untuk makan, untuk menghabiskan masa, untuk berniaga, saya menjual ikan goreng kepada mereka. Mereka membuat perarakan di keliling gereja," nelayan Leonel Mendoza memberitahu AP.


(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Huffington Post bertajuk "450-Year-Old Church Emerges From Reservoir As Water Levels Drop" penulisan Ed Mazza bertarikh 19 Oktober 2015)