Isnin, 19 Oktober 2015

Alkitab Yang Tercantum Pada Ketulan Besi Ditemukan Di Tapak Runtuhan September 11, WTC - Lihat Apa Tertulis Padanya!


Sebuah Alkitab yang terlebur pada ketulan besi telah ditemukan di tapak World Trade Centre, New York beberapa bulan selepas serangan pengganas pada 11 September 2001 ke atas menara kembar itu. 

Seorang anggota bomba telah menemukan bahagian Alkitab itu pada Mac 2002, di bawah Jalan Tully, jalan sementara untuk lori yang melalui reruntuhan menara selatan. Dia memanggil kepada jurugambar yang kebetulan berada berdekatan. 

"Alkitab yang terkerat, terbakar dan ditutupi habuk runtuhan telah datang kepada saya dari tangan penuh kasih seorang anggota bomba yang tahu bahawa saya ialah penyimpan rekod di tapak runtuhan," kata Mr. Meyerowitz dalam satu emel dari Itali, di mana dia tinggal kini. 



"Kekaguman saya melihat halaman Alkitab yang terbuka menyebabkan saya menyedari bahawa mesej Alkitab bertahan melalui waktu," katanya, "dan pada setiap zaman kita menafsirkan pengajarannya secara baru, untuk keperluan semasa."

"Kamu telah mendengar firman: Mata ganti mata dan gigi ganti gigi. Tetapi Aku berkata kepadamu: Janganlah kamu melawan orang yang berbuat jahat kepadamu, melainkan siapapun yang menampar pipi kananmu, berilah juga kepadanya pipi kirimu."

Begitu banyak bab. Begitu banyak ayat. Tetapi inilah kata-kata - dari khutbah Yesus di atas bukit, dalam Injil Matius - yang ditemui terdedah secara abadi di tapak runtuhan selepas serangan 11 September. 


Ayat-ayat Matius 5 pada Alkitab dari tapak runtuhan WTC 

Halaman-halaman dari Alkitab telah tercantum pada ketulan besi apabila World Trade Center runtuh, dan hanya ditemui beberapa bulan kemudian. (Klik di sini untuk videonya)

(Diterjemahkan oleh SDP dari artikel Conservative Post bertajuk, "A Bible Fused To Steel At 9/11 WTC Has An End Time Message For All To See" penulisan AM bertarikh 15 Oktober 2015)