Buzz Aldrin di atas permukaan bulan (Gambar diambil oleh rakannya Neil Armstrong) |
45 tahun yang lalu, manusia telah mendarat di bulan.
Sambil Neil Armstrong dan Buzz Aldrin bersedia untuk mengambil "satu langkah yang kecil untuk seorang lelaki," Aldrin ingin memperingati detik itu dengan cara yang dirasakannya paling bermakna - dengan mengambil perjamuan kudus.
Angkasawan Buzz Aldrin |
Roti dan air anggur perjamuan kudus, simbol kehidupan harian, kelihatan cara yang paling cocok untuk memperingati detik yang luar biasa itu. Woodruff mempersiapkan Aldrin dengan sekeping roti dan sedutan air anggur, dan sebuah cawan perak kecil yang telah dibawa oleh Aldrin ke atas kapal angkasa sebagai sebahagian dari beberapa barangan peribadi yang dibenarkan untuk setiap angkasawan.
Aldrin menulis mengenai pengalaman itu setahun kemudian, untuk majalah Guideposts:
Sebelum mengambil perjamuan kudus, Aldrin membaca secara senyap satu petikan daripada Alkitab, yang telah ditulisnya dengan tangan di atas sekeping kertas: "Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa." (Yohanes 15:5)
Sekeping kad dengan tulisan tangan angkasawan Buzz Aldrin yang mengandungi ayat Yohanes 15:5 untuk dibacakan semasa perjamuan suci di bulan |
Dia asalnya ingin pengalaman itu disiarkan bersama dengan ulasannya yang lain, tetapi tidak digalakkan oleh NASA, yang pada waktu itu sedang melawan saman oleh aktivis ateis Madalyn Murray O'Hair. Dia menyaman mereka atas penyiaran pembacaan secara umum kitab Kejadian oleh anak-anak kapal Apollo 8, sambil menyebut status para angkasawan sebagai kakitangan kerajaan dan pemisahan antara gereja dan pemerintahan negara untuk menyokong kesnya.
Mengimbas kembali kepada detik itu, Aldrin merenung kembali dalam bukunya bahawa mungkin dia sepatutnya memilih satu cara yang lebih sejagat untuk memperingati pencapaian itu, yang pertama kali terjadi untuk manusia sejagat.
"Mungkin jika saya melakukannya sekali lagi, saya tidak akan memilih merayakan dengan perjamuan kudus," dia menulis. "Walaupun ianya adalah pengalaman yang sangat bermakna untuk saya, ianya adalah sakramen Kristian, dan kami telah datang ke bulan demi nama manusia sejagat - samada Kristian, Yahudi, Muslim, animis, agnostik, atau ateis. Tetapi pada waktu itu saya tidak dapat fikir cara yang lebih baik untuk memperakui kebesaran pengalaman Apollo 11 daripada dengan mengucap syukur kepada Tuhan."
Anak-anak kapal Apollo 11 (dari kiri): Neil Armstrong, Michael Collins, Buzz Aldrin |
(Diterjemah daripada artikel Huffington Post bertajuk, "The Moon Communion Of Buzz Aldrin That NASA didn't Want to Broadcast" penulisan Yasmine Hafiz bertarikh 19 Julai 2014)